Siri Jelajah Perlawanan Antarabangsa Eropah yang akan bermula pada 1 hingga 14 Julai 2024 ini bakal menjadi medan untuk menguji kredibiliti 20 pemain Senior Lelaki Kebangsaan apabila mereka akan berhadapan pasukan handalan dunia.

Tujuh perlawanan keseluruhan telah diatur buat pasukan negara yang akan turun bertemu dengan pasukan di ranking pertama dunia (Belanda), pasukan ranking ke-3 dunia (Belgium), pasukan di ranking ke-5 dunia (Jerman), pasukan ranking ke-7 dunia (India) dan Kelab Hoki Monchengladbach.

Daripada tujuh perlawanan yang telah diatur, enam daripadanya merupakan aksi persahabatan sementara satu perlawanan iaitu bertemu Jerman pada 9 Julai merupakan perlawanan ujian (test match) di mana perlawanan ini akan memberikan mata ranking.

Berdasarkan senarai 20 pemain yang akan mengikuti siri jelajah ini, pemain yang baru dipanggil kembali bersama pasukan kebangsaan, Faiz Helmi Jali, turut mengikuti siri jelajah ini selain pemain yang tidak tersenarai dalam Pasukan Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara (Nations Cup) baru-baru ini, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim turut diberikan peluang.

Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh menyifatkan pasukannya kini menunjukkan progress yang baik dalam membentuk pasukan yang lebih mantap dan siri jelajah ini akan membantu barisan kejurulatihan untuk menilai tahap prestasi pasukan ketika ini terutamanya bermain dalam permaianan yang berintensiti tinggi.

“Selepas melalui dua kejohanan, barisan kejurulatihan berpendapat kami memerlukan khidmat pemain yang lebih berpengalaman untuk memberikan nilai tambah kepada pasukan dan Faiz Helmi Jali diberikan peluang untuk kembali.

“Beliau telah menjalani sesi latihan selama dua minggu dan kami barisan kejurulatihan melihat kehadirannya mampu untuk membantu pasukan.

“Pada siri jelajah ini, kami barisan kejurulatihan ingin melihat perkembagan pemain dari perlawanan pertama hingga ketujuh dan apakah aspek-aspek yang perlu diperbaiki dalam masa yang singkat.

“Kami ini memastikan pemain-pemain muda dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi dan peringkat antarabangsa.

“Barisan kejurulatihan juga berharap pasukan dapat memperbaiki kesilapan-kesilapan yang telah dikenalpasti pada dua kejohanan yang lalu dan setiap pemain perlu mengambil pengalaman yang akan diraih apabila beraksi pada aksi yang cukup berkualiti.

“Mereka perlu memperbaiki diri sendiri bagi membantu pasukan dan belajar sebanyak mungkin daripada pasukan-pasukan handalan dunia ini,” jelasnya.

Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Brussels kepada 28 Jun dan kembali ke Kuala Lumpur pada 16 Julai 2024.

Berikut merupakan senarai 20 pemain Senior Lelaki Kebangsaan yang akan mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Eropah.

NONAMAPOSISI
1MUHAMAD ZAIMI MAT DERISPENJAGA GOL
2CHE SHAHRUL AZMI CHE SAUFIPENJAGA GOL
3MUHAMMAD MARHAN JALIL (KAPTEN)PERTAHANAN
4FAIZ HELMI JALIPERTAHANAN
5MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZHARPERTAHANAN
6MUHAMAD SYAFIQ HASSANPERTAHANAN
7MUHAMAD FARIS HARIZANPERTAHANAN
8MUHAMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDINPERTAHANAN
9SYARMAN MAT TEEPERTAHANAN
10MOHD FITRI SAARITENGAH
11NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMITENGAH
12SHELLO SILVERIUSTENGAH
13ALFARICO LANCE LIAU JRTENGAH
14SYAWAL ABD RAZAKTENGAH
15FAIZAL SAARIPENYERANG
16MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMALPENYERANG
17NORSYAFIQ SUMANTRIPENYERANG
18AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDINPENYERANG
19TENGKU NASRUL IKMAL HAKIMIE TENGKU ABD RAHIMPENYERANG
20NUR RAHULL HRSIKESA THAITCHANA MURUTHIPENYERANG

Berikut merupakan jadual perlawanan Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Eropah.

NOTARIKHPELAWANANVENUE
11 Julai 24Malaysia lwn BelgiumSportcentrum Wilrijkse Plein – Antwerp
23 Julai 24Malaysia lwn BelgiumSportcentrum Wilrijkse Plein – Antwerp
35 Julai 24Malaysia lwn BelgiumSportcentrum Wilrijkse Plein – Antwerp
47 Julai 24Malaysia lwn Kelab Hoki MonchengladbachGladbach Hockey And Tennis Club E.V. (GHTC) – Monchengladbach
59 Julai 24Malaysia lwn Jerman (Test Match)Gladbach Hockey And Tennis Club E.V. (GHTC) – Monchengladbach
612 Julai 24Malaysia lwn BelandaArnhem Mixed Hockey Club – Arnhem
714 Julai 24Malaysia lwn IndiaHockey Club Zwolle – Netherlands

** Masa Perlawanan Akan Dimaklumkan

- Advertisement -