Senarai akhir 23 pemain diumumkan Ketua jurulatih skuad Bawah 15 (B-15) negara, P. Maniam bagi menghadapi Kejuaraan Bawah 16 AFF di Stadium IPE,Chonburi, Thailand bermula 26 Julai – 10 Ogos depan.
Daripada senarai itu, 21 pemain terdiri daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 15 (B-15) sementara dua pemain;Muhammad Harry Danish Mohd Haizon dari Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI) dan Radzilah Helmi Roizatn dari SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.
Harry dan Radzillah menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim B-15, Irfan Shakimi Shahrizal dan pemain AMD B-15, Raja Muhammad Haikarl Raja Mohammad Zahari yang mengalami kecederaan sewaktu membantu Malaysia menjuarai Kejohanan Bola Sepak Remaja B-15 di China yang berakhir semalam.
Malaysia muncul juara kejohanan berkenaan setelah menewaskan Korea Utara 2-1 pada aksi terakhir pusingan awal kejohanan berkenaan. Skuad negara sebelum itu mengalahkan Iran 2-0, namun seri 1-1 dengan China.
SKuad kendalian P Maniam diundi dalam kumpulan B, bakal memulakan aksi pembukaan menentang Brunei Darussalam pada 28 Julai, disusuli perlawanan menentang Kemboja (30 Julai), diikuti Australia (1 Ogos), dan Laos (3 Ogos) sebelum menamatkan aksi pusingan awal Kejuaraan Bola Sepak AFF B-15 menentang tuan rumah, Thailand pada 5 Ogos ini.
Senarai 23 pemain:
Penjaga Gol: Zulhilmi Sharani, Ahmad Azeem Izhar Ahmad Faizal, Adika Arman Azmi
Pemain Pertahanan: Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar, Adam Daniel Mohamad, Muhammad Kholil Ahmad Azian, Adam Farhan Mohd Faizal, Muhammad Alif Farhan Fauzi, Ahmad Rozaini Abu Bakar, Muhammad Yasser Sarifuddin
Pemain Tengah: Mohamad Afiq Amsyar Mohd Zarizal, Mohamad Ashraf Ahmad, Muhammad Adam Uwais Mohd Armi, Danish Irfan Ezal, Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin, Muhammad Izrin Ibrahim, Wan Muhammad Hakim Wan Mohd Nazri, Radzilah Helmi Roizat (SMK Ibrahim Fikri)
Penyerang: Mohamad Khairil Mohd Zain, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Muhammad Shahril Sobri, Zubaidi Mohd Buang, Muhammad Harry Danish Mohd Haizon (SSTMI B-15).