Aksi pembukaan bagi aksi peringkat kumpulan A melibatkan sukan bola baling kategori lelaki menyaksikan Malaysia dibelasah Qatar 64-11.
Berdepan salah satu pasukan terbaik dunia, Malaysia yang dikemudi Shamsul Nizam Muhd Ali nyata bukan tandingan Qatar.
Walaubagaimanapun Malaysia tetap mampu untuk memberikan tentangan khususnya diawal permainan babak pertama apabila saling berkejaran mata dengan Qatar.
Namun, Qatar yang dibimbing Valero Lopez membuktikan kemampuan mereka apabila tidak melepaskan peluang untuk merobek gawang Malaysia menerusi gandingan Anis Zouaoui, Amenn Zakkar dan Ahmad Madadi sekaligus menutup separuh masa pertama dengan 33-7.
Sekali sekala, Malaysia mampu untuk menyerap asakan pemain pemain Qatar serta bangkit untuk memberikan tentangan, namun Qatar tetap mendominasi saingan pembukaan kumpulan A ini sehingga tamat perlawanan 64-11 memihak Qatar.
Malaysia akan turun berdepan Iran untuk aksi kedua pada 15 Ogos depan.