Â
 Aksi ke-4 Skuad Futsal negara di Kejohanan Futsal Orang Pekak Asia Pasifik 2019 ketika menentang Thailand berakhir dengan kekalahan 3-5 .
Meskipun beraksi seimbang, namun tuan rumah tampak mempunyai kelebihan apabila memanfaatkan peluang terhidang.
Thailand mendahului diawal permainan apabila merobek gawang Malaysia seawal minit ke-3 menerusi jaringan Prayodsomjit Yuthana.
Tersentak dengan gol itu, Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan satu sama di minit ke-10 hasil penyudah kemas Muhammed Baihaqi Abdullah.
Semangat juang Malaysia yang mahu mencari gol kedua durentap Yuthana yang menjaringkan gol ke-2 sekaligus kembali meletakkan Thailand di depan 2-1 di minit ke-12.
Thailand terus mendominasi apabila menjadikan kedudukan 3-1, kali ini giliran Deenonod Nonthawat melakar nama selaku penjaring untuk pasukannya.
Sebelum berakhir separuh masa pertama, kapten Malaysia Deaf Tiger, Mak Chee Weng merapatkan jurang 2-3 menerusi penalti di minit ke-17 susulan kekasaran oleh Suetling Supachai dalam kawasan penalti.
Chee Weng terus gah menyuntik semangat juang untuk rakan sepasukan apabila meledak gol kedua sekaligus mengikat kedudukan tiga sama di minit 24.
Tatkala Malaysia terus cuba untuk mencari gol Thailand memanfaatkan peluang terhidang apabila meledak dua gol menerusi Deenonod Nonthawat di minit ke-28 dan 34.
Kekalahan kedua ini menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk berada di kelompok empat terbaik sekaligus gagal ke separuh akhir.
Malaysia akan berdepan China bagi penentuan tempat ke-5 & 6.
Penolong jurulatih pasukan, Ali Che Ahmad nyata tidak kecewa dengan keputusan yang terhasil dipenampilan sulung mereka di kejohanan ini.
Berdepan Thailand bukan tugas mudah kerana pengalaman nyata menjadi jurang diantara kedua dua pasukan.Â
“Kami telah terlepas tiket untuk ke Separuh Akhir dan tidak dapat melayakkan diri ke Piala Dunia namun kami tidak mahu terlepas 3 mata untuk perebutan tempat ke-5 semasa menentang China esok,”kata Ali.  Muhammad Nasrullah KadironÂ