mannheim

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas tewas kepada tuan rumah, skuad hoki bawah 16 tahun gagal meraih kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Belanda di Kejohanan Hoki Piala Mannheim, di Jerman.

Anak didik Nor Saiful Zaini ketinggalan dua gol dalam tempoh 13 minit namun bangkit mengurangkan defisit gol menerusi gol padang Muhd Arif Syafie Ishak.

Namun, Belanda menambah satu lagi gol sekaligus menutup sisa perjuangan untuk sekurang kurangnya menamatkan saingan dengan keputusan seri.

Malaysia mempunyai 5 peluang untuk mencetak gol menerusi pukulan sudut penalti namun 5 pelaung sepanjang perlawanan gagal dimanfaatkan.

Jelas Nor Saiful Zaini, anak didiknya menguasai perlawanan dan lebih banyak bermain di kubu pertahanan Belanda untuk memburu gol.

“Kami menguasai 65 peratus dan mengawal bahagian serangan dengan baik. Tetapi ketumpulan penyudah selain kelemahan ketara penjaga gol mengecewakan saya. Peluang menerusi ste piece pukulan sudut penalti, jaringan padang gagal disudahkan dengan baik. Kami perlu lebih tajam dalam aspek aspek itu dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan tahap permainan pemain pemain,” kata Saiful.

Malaysia akan berdepan pasukan Jerman bawah 17 tahun hari ini untuk perlawanan terakhir.

Empat negara menyertai kejohanan tahunan bawah 16 tahun ini; Malaysia, Belanda, Belgium dan Jerman.

- Advertisement -