Oleh Ku Mohd Lufti
Pengarah Projek Program Pembangunan Bolasepak Negara, Lim Tiong Kim mengesahkan skuad PPBN tidak akan turun bagi mempertahankan Piala Iber tahun ini.
Ia susulan layanan âkelas keduaâ daripada pihak penganjur terhadap skuadnya dan Tiong Kim yang meminta tanggungan diuruskan sendiri oleh pasukannya sedangkan pasukan dari eropah ditanggung sepenuhnya.
âKita adalah juara dan tidak mahu dilayan seperti kami pasukan kelas kedua. Skuad akademi besar seperti Barcelona tidak dikenakan bayaran. Jadi kenapa kita mahu merendahkan dir.â Kata Lim Tiong Kim.
Bagi perancangan 2016, Lim Tiong Kim sudahpun punya perancanga dimana mereka akan menjalani latihan hampir sebulan di beberapa negara Eropah untuk mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan dan kejohanan di Perancis.
âPasukan PPBN dijemput untuk beraksi di Kejohanan Bolasepak bAwah 14 Tahun Piala Elite di Mougins, Perancis, pada 11 dan 12 Jun. Kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab kelab di Switzerland, Jerman, Austria dan Itali.â Tambah Lim Tiong Kim lagi.
Antara kelab kelab yang terlibat dalam perancangan perlawanan persahabatan skuad PPBN adalah Inter Milan, Juventus, AS Monaco dan Lyon.