Sebagai persediaan bagi menghadapi dua kejohanan tahun ini, (Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024), Skuad Remaja Kebangsaan kini memulakan persiapan bagi membentuk satu pasukan yang mantap dengan menjalani Siri Jelajah Brisbane Australia yang berlangsung daripada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024 di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia.

Siri jelajah yang diatur ini adalah sebagai pendedahan buat barisan Remaja Lelaki Kebangsaan bagi mendapatkan perlawanan yang berintensiti tinggi menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia juga Kelab Hoki Queensland di mana 26 pemain akan mengikuti siri jelajah ini.

Sebanyak enam perlawanan telah diatur, empat perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland. Barisan pemain yang dibimbing oleh Jurulatih, I. Vikneswaran bersama Hairi Rahman, Hanafi Hassan dan Chairil Anwar akan berlepas ke Brisbane, Rabu –  24 Julai 2024.

Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, En. Ganesan Shanmugam, mengharapkan pemain-pemain yang diberikan peluang menyertai siri jelajah ini akan mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan menjadikan pendedahan yang diberikan ini sebagai salah satu medan pembelajaran untuk menjadikan mereka pemain yang lebih baik.

“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapai dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada bulan Disember.

“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan.

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara satu dengan yang lain,” jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 26 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Brisbane Australia pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024.

NONAMAPOSISI
1Mohamad Rafaizul Mohamad SainiPENJAGA GOL
2Muhammad Danish Afnan Mohd FaizalPENJAGA GOL
3Khairul Amirin Mohd Kamarul AzlanPENJAGA GOL
4Andywalfian JefffryriusPERTAHANAN
5Muhammad Nabil Irfan Mohd YusofPERTAHANAN
6Samrin AsriPERTAHANAN
7Mohamad Nor Syakir HafizPERTAHANAN
8Muhd Alief Adha AkhbarPERTAHANAN
9Muhammad Zamarul Hazim Ahmad ZamriPERTAHANAN
10Muhammad Hafiezuddin Mohd AliPERTAHANAN
11Muhammad Danish Danial Abd WahabTENGAH
12Muhammad Addy Jazmi JamlusTENGAH
13Muhammad Khairul NorizamTENGAH
14Muhammad Handzalah Abdul HadiTENGAH
15Disairul Fazrien Muhammad NazrienTENGAH
16Mohd Adam Ashraf  Mohd JohariTENGAH
17Wan Arif Faizuddin Wan AzmeerTENGAH
18Mohammad Harris Iskandar OsmanPENYERANG
19Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi AnwarPENYERANG
20Muhammad Danish Aiman Khairil AnwarPENYERANG
21Sriraam VikneswaranPENYERANG
22Mohamad Khairil Hakimi ZainolPENYERANG
23Ekram Aidilfikri SapriPENYERANG
24Yashvindraa SingaravadivelPENYERANG
25Addit AbdullahPENYERANG
26Naaveennash Panicker ThevendranPENYERANG

Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan yang telah diatur dan akan berlangsung di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia:

NOHARITARIKHPERLAWANANMASA
1JUMAAT26 / 07 / 2024Malaysia U-21 Lwn Australia U-2112:00 TENGAH HARI
2AHAD28 / 07 / 2024Malaysia U-21 Lwn Australia U-217:30 PAGI
3ISNIN29 / 07 / 2024Malaysia U-21 Lwn Australia U-214:00 MALAM
4RABU31 / 07 / 2024Malaysia U-21 Lwn Australia U-217:30 PAGI
5KHAMIS1 / 08 / 2024Malaysia U-21 Lwn Queensland HT3:00 PETANG
6ISNIN5 / 08 / 2024Malaysia U-21 Lwn Queensland HT4:00 PETANG

** Masa perlawanan adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -