Hasrat SMK Mutiara Impian untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada SMK Tunku Anum di Liga 100PLUS-Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun di Alor Setar.
Kedua dua jaringan terhasil di kedua dua babak menerusi Muhd Azlan Azmi (min 7) dan jaringan sendiri pemain lawan Muhd Danish Isyraf Mohd Zamri (min 61) sementara SMK Mutiara Impian meraih gol saguhati menerusi Muhd Faris FIzri Azrimas di penghujung perlawanan.
Kemenangan ini bagaimanapun tidak megubah kedudukan kedua dua pasukan dimana SMK Tunku Anum kekal di tangga ketiga, dibezakan dua mata dengan SMK Mutiara Impian yang menghuni tangga kedua sementara Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A kekal menerajui saingan Liga Super.
Di Ipoh, SMK Zaaba bangkit daripada ketinggalan untuk menang ke atas tuan rumah, SMK Gunung Rapat 4-2 sekaligus merekodkan kemenangan kedua selepas empat perlawanan.
Alif Ilham Ahamd Faizul meletakkan tuan rumah didepan seawall minit kelima dan minit 64. Namun pelawat bangkit dengan empat gol dibabak kedua.Muhd Shahril Haizat menyamakan kedudukan (min 39) sebelum Iyad Hadi Hakimi meletakkan SMK Zaaba didepan 2-1 berselang 10 minit kemudian.
Dua gol dalam tempoh 11 minit oleh Muhd Shazarul Eimann Shahrom (min 53) dan Syed Jaafar Muzakir Syed Muhd Ali (min 64) menambahkan lagi duka tuan rumah yang masih buntu mencari kemenangan sulung.
“Saya sentiasa tekankan kepada pemain, percaya dengan apa yang telah dilakukan ketika latihan.
“Ketinggalan satu gol tidak mengapa kerana keyakinan mereka kembali selepas berjaya menjaringkan gol,”kata Jurulatih SMK Zaaba Baharom Tahir.
SMK Zaaba naik dua anak tangga ke kedudukan keempat , berkongsi tujuh mata dengan SMK Tunku Anum.
Dalam pada itu, SMK Seberang Temerloh terikat satu sama SMK Bukit Nenas sekaligus turun ke kedudukan kelima dengan lima mata.
Saingan Liga Perdana menyaksikan SSMP B menang besar 5-1 ke atas SMK Anderson untuk kekal di tangga teratas dengan 16 mata.
SSMP B hanya berkelebihan dua mata didepan SMK Putera yang melakar kemenangan 2-0 ke atas MSS Labuan.
Saingan Liga Piala Remaja KPM-FAM Bawah 17 Tahun diungguli SMK Seberang Temerloh yang menerajui Liga Super selepas empat perlawanan dengan 10 mata.
SMK Seri Titiwangsa mengekori rapat dengan lapan mata untuk berada di tangga kedua sementara dua pasukan, SMK Presint 14 (1) dan SMK Meru masing masing menghuni tangga ketiga dan keempat, berkongsi tujuh mata.
Manakala saingan Liga Perdana diterajui SMK Seksyen 11 dengan 13 mata, satu mata didepan dua pasukan SMK Ibrahim Fikri dan SMK Victoria yang berkongsi 12 mata.
KEPUTUSAN PERLAWANAN B14Â
SMK Tunku Anum 2SMK Mutiara Impian  1
SMK Seberang Temerloh  1SMK Bukit Nenas  1
SMK Gunung Rapat  2SMK Zaaba  4
SMK Seri Titiwangsa  4SMK Tabuan Jaya  0