SMK Zaaba mengetuai empat pasukan ke peringkat separuh akhir Piala Menteri Pelajaran Malaysia 100PLUS 2019 selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Seksyen 11 pada aksi suku akhir.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhd MuhaiminNor Azri untuk memastikan skuad kendalian Baharom Tahir mengisi slot empat terbaik.

 

 

“Kita memiliki dua peluang yang sangat cerah, satu lawan satu. Perlawanan seimbang untuk kedua dua pasukan.

“Pemain bersungguh sungguh untuk ke separuhakhir. Tetapi saya masih belum berpuashati dengan permainan kami dan masih ada masa untuk perbaikinya,” kata Baharom.

Dalam pada itu, juara Piala Sumbangsih, SMK Putera turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan SMK Mutiara Impian 3-1 di Kota Bharu, Kelantan.

 

 

Aksi di Gambang, Pahang menyaksikan juara Liga Super B14, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A melakar kemenangan selesa 3-0 keatas SMK Tun Hussein  Onn.

Kekecewaan SMK Tun Hussein Onn bagaimanapun ditebus SMK Taman Bukit Indah yang menang 4-2 keatas SMK Seberang Temerloh untuk melengkapkan empat pasukan ke peringkat separuh akhir.

SMK taman Bukit Indah turut mengesahkan slot ke separuh akhir bawah17 tahun selepas menewaskan SMK Seri Kota 3-0.

Dua pasukan dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang mengisi dua slot separuh akhir.

SSMP B15 ‘A’ menundukkan SMK GunungRapat 2-0  manakala SSMP B16 melakar kemenangan selesa 2-0 keatas SMK Anderson.

SMK Seksyen 11 melengkapkan senarai empat pasukan ke separuh akhir bagi saingan bawah 17 tahun selepas menang tipis 1-0 ke atas SMK Seberang Temerloh.

KEPUTUSAN PERLAWANAN – BAWAH 14 TAHUN

SSMP B14 ‘A’                                                3

SMK Tun Hussein Onn                            0

SMK Taman Bukit Indah                       4

SMK Seberang Temerloh                      2

SMK Putera                                                  3

SMK Mutiara Impian                               1

SMK Seksyen 11                                        0

SMK Zaaba                                                   1 

- Advertisement -