Saingan separuh akhir pertama Piala Liga KPM-FAM Bawah 17 Tahun menyaksikan SMK Za’ba dan SMK Presint 14 (1) melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
SMK Presint 14 (1) menang tipis 2-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang Bawah 15 ‘A’.
Bermain di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, SMK Presint 14 (1) nyata tidak mensia siakan kelebihan dilaman sendiri apabila mendahului 2-0.
Gol pembukaan tuan rumah terhasil seawal minit kelima menerusi penyudah kemas Mohd Haizal Jinie Adam.
Satu lagi gol menyusul dibabak kedua menerusi jaringan Mohd Syahrir Abd Rahman di minit 78 untuk SMK Presint 14 (1) selesa mendahului 2-0.
Pelawat bagaimanapun bangkit merapatkan jurang menerusi Mohamad Sappie Ashri dipenghujung perlawanan.
Satu lagi aksi separuh akhir pertama menyaksikan SMK Za’ba bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk melakar kemenangan selesa 4-2 ke atas SMK Gunung Rapat.
SMK Za’ba bagaimanapun ketinggalan 0-2 dalam tempoh 11 minit apabila Muhd Alif Zikri Zaini Anuar meledak gol pertama di minit 20 sebelum rakan sepasukan, Muhd Ikfan Mohd Rozi melebarkan kedudukan untuk SMK Gunung Rapat kepada 2-0 di minit 31.
SMK Za’ba bangkit dengan permainan yang lebih kemas dan menyamakan kedudukan menerusi tandukkan Mohd Norazizi Mohd Khalid di minit 32 untuk merapatkan jurang gol 1-2.
Muhd Zaidi Abdul Hamid cemerlang meledak dua gol menerusi voli cantik dipenghujung babak pertama dan minit ke 57 untuk memastikan giliran SMK Za’ba mendahului 3-2.
Meskipun bermain 10 orang selepas pemain pertahanan Muhd Haziq Kamarulzaman dilayangkan kad merah, SMK Za’ba tetap gah apabila menjaringkan gol keempat menerusi Tengku Mohd Nor Zaiful Tengku Zaizurin di minit 74 sekaligus menutup perlawanan dengan kemenangan memihak SMK Za’ba 4-2.
“Jurulatih telah memberitahu kepada pemain, mental perlu kuat dan menguasai bola dibahagian tengah.
“Kebangkitan berpunca daripada semangat setia kawan pemain pemain dan tidak mengenal erti penat lelah. Mereka telah dibentuk dan diganding sejak tingkatan satu dan bermain bersama di kejohanan yang disertai,”kata jurulatih SMK Za’ba, Bushri Md Udin.
Sementara itu, dua gol Muhd Hafiz Rosli memastikan SMK Bukit Indah membawa bekalan selesa susulan kemenangan 3-0 ke atas SMK Za’ba dalam aksi separuh akhir pertama Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun.
Satu lagi gol dijaringkan Muhd Haiqal Khairuddin sekaligus mengurangkan tekanan menjelang aksi separuh akhir kedua hujung minggu ini di Kuala Pilah.
Manakala satu lagi aksi separuh akhir diantara SMK Putera dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang B13 beraksi dengan keputusan seri dua sama.
SMK Putera mendahului menerusi Muhd Alif Haikal Azmi, namun SSMP bangkit dengan dua gol sekaligus mendahului 2-1 hasil jaringan Alkausal Jarah (minit 41) dan Muhd Akid Mohd Zamri (minit 57).
Lima minit sebelum tamat perlawanan, SMK Putera dihadiahkan penalti susulan kesilapan pertahanan SSMP.
Peluang ini tidak disia siakan Mohd Alif Haikal Mokhtar untuk gol penyamaan sekaligus menghidupkan peluang untuk memburu slot ke final.
KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
PIALA MENTERI PENDIDIKAN BAWAH 14
SMK Bukit Indah 3
SMK Za’ba 0
SMK Putera 2
SSMP B13 2
PIALA LIGA KPM-FAM BAWAH 17
SMK Gunung Rapat 2
SMK Za’ba 4
SMK Presint 14 (1) 2
SSMP B15 1