Oleh Muhammad Aiman
Spekulasi yang tersebar di media sosial mengatakan bekas pengendali Portugal, Paulo Bento sebagai pengendali baru skuad bolasepak kebangsaan, adalah tidak benar.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datoâ Hamidin Amin berkata individu sebenar yang telah dilantik sebagai pengganti kekosongan jawatan yang sebelum ini dipegang Datoâ Ong Kim Swee akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.
âMemang jurulatih itu dari Portugal tetapi bukan Bento sepertimana tersebar. Kita akan umumkan dalam masa 3-4 hari lagi selepas mendapat perkenan dari Presiden, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas kedua-dua pihak (FAM dan jurulatih) selesai urusan dokumen dan kontrak,â kata Hamidin.
Nama Bento mula menjadi sebutan hangat penyokong bolasepak tempatan setelah Tunku Ismail ketika sesi santai bersama penyokong di Johor Bharu pada Isnin mendedahkan baginda sudah menandatangani jurulatih dari Portugal untuk membimbing Harimau Malaysia, tanpa mendedahkan identiti pengendali terbabit.
Untuk rekod, Bento adalah nama berprofil tinggi dalam arena bolasepak Eropah di mana dia pernah beraksi mewakili Portugal di kejohanan-kejohanan seperti Euro 2000 dan 2004 serta Piala Dunia 2002 di mana rakan seangkatannya adalah seperti Joao Pinto, Abel Xavier, Nuno Gomez dan bekas pemain terbaik dunia, Luis Figo.
Setelah bersara, dia beralih ke bidang kejurulatihan membimbing pasukan seperti Sporting Lisbon, Portugal, Cruzeiro dan Olympiakos justeru tidak hairanlah ramai yang optimis sekiranya benar Bento adalah individu yang dimaksudkan, maka ianya pilihan yang tepat oleh FAM.
Namun dengan penafian ini, persoalan siapakah jurulatih baru Malaysia terus berpanjangan. Yang pasti, FAM tidak boleh terus berlengah kerana aksi menentang Korea Utara (Kelayakan Piala Asia 2019) akan berlangsung dalam tempoh kurang sebulan.
Sebelum ini, Tunku Ismail pernah mengumumkan bekas pengendali Johor Darul Takzim, Mario Gomez sebagai pengganti Kim Swee namun pelantikan Gomez tidak menjadi kenyataan setelah kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung tawaran kontrak dan gaji.Â