20160810-liga-kpm-sf-ssn-selangorred-yellow-vs-ssm-johor-sstmi-003

20160810-liga-kpm-sf-ssn-selangorred-yellow-vs-ssm-johor-sstmi-001

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSMBJ) dan SMK Seksyen 11 kedua-duanya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir pertama Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (B14).

Dalam aksi di Stadium Mini USJ 23, tuan rumah SMK Seksyen 11 berputih mata apabila diikat 1-1 oleh Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSMTMI) setelah melepaskan gol penyamaan di minit akhir permainan.

Wakil Selangor itu mendahului seawal minit ketujuh apabila pemain pertahanan SSMTMI, Ahmad Umar Haziq Abdul Wahab tertampan bola ke gawang sendiri namun gagal mencari tambahan jaringan untuk mengukuhkan kedudukan.

Sebaliknya pasukan bimbingan Nik Juihsam itu dilihat lebih berminat bermain defensif untuk mempertahankan kelebihan satu gol dan ianya menghukum mereka apabila SSTMI beroleh jaringan penyamaan penting di masa kecederaan menerusi Muhammad Iman Kassim.

Jurulatih SSMTMI, Osmera Omaro memuji komitmen serta semangat juang tinggi pemainnya yang tidak berputus asa sehingga minit akhir dan berpendapat pasukannya tidak bernasib baik untuk membawa pulang kemenangan gara-gara ketumpulan sentuhan penyudah. 

“Pemain bermain dengan sangat baik, cuma kita agak lambat panas. 10 minit pertama pemain gugup dengan keadaan, penyokong dan ini membolehkan Selangor ambil kesempatan. Bila kena serang, walaupun tidak berbahaya semua takut tendang bola pun tidak kena.

“Tetapi selepas Selangor skor, kita berjaya sesuaikan diri dan menguasai perlawanan cuma  tidak menjaringkan gol, agak tumpul. Ini antara padang yang paling susah untuk bermain dan dengan cara permainan kita, memang padang ini tidak sesuai. Selebihnya saya sangat berpuas hati dengan pemain. Ini adalah keputusan yang berhak kita dapatkan,” kata Osmera.

20160810-liga-kpm-sf-ssn-selangorred-yellow-vs-ssm-johor-sstmi-005

20160810-liga-kpm-sf-ssn-selangorred-yellow-vs-ssm-johor-sstmi-004

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir di padang sintetik Majlis Sukan Negara, hasrat juara Liga Super, SSMBJ melebarkan rekod kemenangan mereka kepada tujuh perlawanan berturut-turut tidak kesampaian setelah diikat tanpa jaringan oleh wakil Melaka, SMK Seri Kota.  

Jurulatih SSMBJ, Wan Rohaimi Wan Ismail menegaskan, “Dari segi permainan saya berpuas hati, cuma masalah utama kami dari awal liga hingga sekarang adalah menjaringkan gol. Apapun, kita akan teliti perkara ini, peluang untuk ke final adalah sama rata dan saya yakin kita akan melangkah ke final.”

Dalam aksi timbal balik pasa 15 Oktober depan, SSMTMI akan melayan kunjungan SMK Seksyen 11 di Bandar Penawar manakala SSMBJ pula bertandang ke Bukit Serindit.

 

KEPUTUSAN

SEPARUH-AKHIR PERTAMA

 

SS BUKIT JALIL (B14)                                    0

SMK SERI KOTA (SSN Melaka)                        0

 

SMK SEKSYEN 11 (SSN Selangor)                  0

SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14)                          0

 

JADUAL SEPARUH-AKHIR KEDUA

15 Oct 2016

 

SMK SERI KOTA (SSN Melaka) lwn SS BUKIT JALIL (B14)

– 4pm, STADIUM MINI SMK SERI KOTA, BANDAR MELAKA

 

SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) lwn SMK SEKSYEN 11 (SSN Selangor)

-4pm, STADIUM MINI SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, BANDAR PENAWAR

- Advertisement -