seksyen-11-merah-vs-temerloh-hijau-2
SMK Seksyen 11 (merah/hitam) lawan SMK Seberang Temerloh (hijau/hitam)

SSM Bukit Jalil (SSMBJ) muncul juara Liga Super Piala Menteri Pendidikan Malaysia (B-14) dengan penuh bergaya setelah menundukkan SSM Tunku Mahkota Ismail (SSMTMI) 3-0 pada Sabtu.

Kekalahan dialami pencabar terdekat, SMK Seberang Temerloh (SMKST) kepada SMK Seksyen 11 membolehkan skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu mengesahkan kejuaraan meskipun masih berbaki satu perlawanan untuk ditamatkan.

SSMBJ mengumpul 34 mata, lima mata mengatasi SMKST yang mengumpul 29 mata.

Dalam aksi di padang sintetik Majlis Sukan Negara, jaringan Harith Haikal Adam Afkar meletakkan SSMBJ mendahului 1-0 di babak pertama, sebelum Naven Raj Kanan menjaringkan dua gol pada minit ke-47 dan 67 sekaligus memastikan SSMBJ melakar kemenangan keempat berturut-turut dan kesepuluh mereka musim ini.

Sementara itu, perebutan tempat ke suku akhir Piala KPM juga lengkap setelah tiga lagi pasukan SMK Bukit Nenas, SMK Seksyen 11 dan SSMTMI mara mengiringi SSMBJ dan SMKST yang sudahpun mengesahkan kemaraan mereka lebih awal.

SMK Bukit Nenas dari Terengganu menewaskan SMK Za’ba 2-1 hasil jaringan Rahimi Ridhaudin pada minit pertama dan Haziq Adnan pada minit kelima, mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan ketiga dengan 27 mata. 

Manakala jaringan tunggal Azrin Afiq Rusmini lima minit selepas separuh masa kedua bersambung menyaksikan SMK Seksyen 11 mencatat kemenangan penting ke atas SMKST di Shah Alam seterusnya melonjak ke tangga keempat dengan 23 mata. 

 

SSMTMI yang tergelincir ke kedudukan kelima dengan 22 mata bagaimanapun tetap melangkah ke suku akhir Piala KPM kerana kedudukan mereka tidak lagi boleh dicabar mana-mana pasukan lain.

 

Dalam perlawanan lain, SMK Putera dari Kelantan mencatat kemenangan pertama mereka dalam 15 perlawanan setelah menundukkan wakil Perlis, SMK Syed Hassan 3-1. Gol-gol buat SMK Putera dijaringkan Aiman Hakim, Izuddin Asri dan Fahrurozi Suhirman.

seksyen-11-merah-vs-temerloh-hijau-3
SMK Seksyen 11 (merah/hitam) lawan SMK Seberang Temerloh (hijau/hitam)

Dalam aksi Liga Perdana Piala Menteri Pendidikan, SMK Gunung Rapat (SMKGR) terlepas peluang untuk bergelar juara lebih awal apabila tewas 1-2 kepada SMK Tunku Anum T.A.R di gelanggang sendiri di Ipoh.

SMKGR terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Afiq Firdaus Abdul Rahim pada minit ke-17, sebelum pasukan pelawat dari Kedah itu bangkit menjaringkan dua gol pada minit ke-32 menerusi Amir Syukri dan Syafiq Aiman minit ke-66.

Kekalahan menyaksikan SMKGR yang mengumpul 31 mata, berkelebihan hanya dua mata sahaja mengatasi SMK Seri Kota (SMKSK) dari Melaka menuju ke perlawanan terakhir pada Sabtu depan.   

SMKSK memastikan peluang mereka untuk memburu gelaran juara masih ada setelah beraksi garang membelasah SMK Mutiara Impian dari Pulau Pinang 4-0 menerusi satu jaringan masing-masing oleh Said Aliff Akmal Said Jamaludin, Amirul Hakimi Jalani dan dua jaringan Amir Ariffin Zulkifli.

SSM Pahang pula mengesahkan kedudukan di tiga teratas meskipun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang MSS Putrajaya, sekaligus melengkapkan slot suku akhir.  

 

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SSM Bukit Jalil                                       3

SSM Tunku Mahkota Ismail (Johor)         0

 

SMK Za’ba (N.Sembilan)                        1

SMK Bukit Nenas (Terengganu)              2

 

SMK Seksyen 11 (Selangor)                   1

SMK Seberang Temerloh (Pahang)          0

 

SMK Syed Hassan (Perlis)                       1

SMK Putera (Kelantan)                           3

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM BUKIT JALIL  (B14) 15 10 4 1 28 8 20 34
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 15 9 2 4 24 10 14 29
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 15 7 6 2 18 12 6 27
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 16 6 5 5 14 18 -4 23
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 15 5 7 3 19 12 7 22
SMK ZA’BA (SSN N.SEMBILAN) 15 4 5 6 20 24 -4 17
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 15 3 7 5 12 20 -8 16
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 15 1 5 9 11 27 -16 8
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 15 1 3 11 5 20 -15 6

*SSM Bukit Jalil, SMK Seberang Temerloh, SMK Bukit  Nenas, SMK Seksyen 11 dan SSM Tunku Mahkota Ismail layak ke suku akhir

 

 

LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Gunung Rapat (Perak)                    1

SMK Tunku Anum T.A.R (Kedah)             2

 

SMK Mutiara Impian (PP)                       0

SMK Seri Kota (Melaka)                                  4

 

MSS Putrajaya                                       0

SSM Pahang                                          0

 

SMK Seri Titiwangsa (KL)                        0

SMK Tun Hussein Onn (Johor)                 1

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 15 9 4 2 27 10 17 31
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 15 7 8 0 15 3 12 29
SSM PAHANG (B13) 16 8 2 6 22 22 0 26
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 15 6 3 6 18 16 2 21
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 16 6 3 7 20 22 -2 21
SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P.PINANG) 15 5 4 6 16 20 -4 19
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 15 5 1 9 13 19 -6 16
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP KUALA LUMPUR) 16 3 5 8 12 23 -11 14
MSS PUTRAJAYA (B14) 15 2 6 7 9 17 -8 12

*SMK Gunung Rapat, SMK Seri Kota, SSM Pahang layak ke suku akhir

- Advertisement -