20160806-Liga KPM U14 SSN Negeri Sembilan vs SSM Bukit Jalil(biru)-005
SSN Negeri Sembilan (putih) vs SSM Bukit Jalil (biru)
20160806-Liga KPM U14 SSN Negeri Sembilan vs SSM Bukit Jalil(biru)-004
SSN Negeri Sembilan (putih) vs SSM Bukit Jalil (biru)

SSM Bukit Jalil dan SMK Seberang Temerloh terus berada di kedudukan selesa untuk menempah tiket beraksi di suku akhir Liga Super Piala Kementerian Pelajaran Malaysia (B-14) setelah masing-masing melakar kemenangan dalam aksi yang berlangsung Sabtu.

Dalam perlawanan yang menyaksikan lapan gol terhasil di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara, SSM Bukit Jalil kembali ke kedudukan teratas setelah menang 5-3 ke atas SMK Za’ba dari Negeri Sembilan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan, dengan tuan rumah menjaringkan gol menerusi Amirul Ashrafiq Anifah (m-13) dan Amirul Azzim Ruzqi (m-30) manakala SMK Za’ba membalas menerusi Norzaiful Zaizurin (m-16) dan Haizal Heizam Adnan (m-21) untuk kedudukan 2-2 di separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, SSM Bukit Jalil tampil lebih bertenaga dan berhasil menambah tiga gol seterusnya mengesahkan kemenangan menerusi Afiq Danial Ismail (m-45), Harith Naim Jaineh (m-50) dan Alif Danial Abdul Aziz (m-55).

Jurulatih SSM Bukit Jalil, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata beliau berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pemainnya meskipun bermain di bawah kekuatan sebenar setelah kehilangan khidmat beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

“Agak kecewa dengan gol-gol mudah yang dilepaskan kepada Za’ba tetapi secara keseluruhan mereka bermain lebih baik di separuh masa kedua. Banyak kelemahan masih perlu diperbaiki seperti pertahanan yang nampak goyah.

“Kita harus ingat, di peringkat pembangunan, kemenangan atau kejuaraan adalah bukan sesuatu yang diutamakan. Apa yang penting adalah cara mereka bermain. Tidak guna kita menang hari ini tetapi pemain tidak dapat belajar apa-apa dari kemenangan tersebut,” kata Wan Rohaimi.

Tiga mata yang diraih, membantu SSM Bukit Jalil kembali ke puncak liga dengan 25 mata, mengatasi SMK Seberang Temerloh dengan hanya beza jaringan.

SMK Seberang Temerloh pula meneruskan rentak kemenangan setelah menundukkan pasukan tangga ketiga, SMK Bukit Nenas 2-0 di gelanggang lawan.

Gol buat wakil Pahang itu dijaringkan Azrul Haikal Ramli pada minit keempat dan Nasrullah Md Zaki pada minit akhir perlawanan.

Di Kota Bharu, wakil tuan rumah SMK Putera terus mempamer prestasi buruk apabila tewas 0-1 kepada SMK Seksyen 11 dari Selangor, hasil jaringan tunggal Muhsin Johan pada minit ke-27.

Kemenangan buat SMK Seksyen 11 menyaksikan mereka di kedudukan kelima dengan 17 mata, ketinggalan hanya tiga mata di belakang pasukan tangga keempat SMK Tunku Mahkota Ismail dan terus menyalakan peluang untuk memburu tempat di suku akhir.

Satu lagi perlawanan membabitkan pasukan di kelompok bawahan menyaksikan SMK Syed Hassan dari Perlis menewaskan SMK Tabuan Jaya 2-1.

20160806-Liga KPM U14 SSN Negeri Sembilan vs SSM Bukit Jalil(biru)-002
SSN Negeri Sembilan (putih) vs SSM Bukit Jalil (biru)
20160806-Liga KPM U14 SSN Negeri Sembilan vs SSM Bukit Jalil(biru)-001
SSN Negeri Sembilan (putih) vs SSM Bukit Jalil (biru)

Bagi aksi Liga Perdana Piala Menteri Pendidikan, SMK Gunung Rapat kekal sebagai pendahulu dan menghampiri suku akhir meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang SMK Seri Titiwangsa di Ipoh.

Afiq Firdaus Abdul Rahim meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 di separuh masa pertama namun wakil dari Kuala Lumpur itu mencuri satu mata menerusi jaringan Amir Hafiz Iskandar di babak kedua.

SMK Gunung Rapat mendahului liga dengan 25 mata, tiga mata mengatasi SSM Pahang yang tidak beraksi minggu ini dan lima mata mengatasi pasukan tangga ketiga SMK Seri Kota.

SMK Seri Kota melepaskan peluang untuk melonjak ke tangga kedua setelah turut mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan tangga keempat SMK Tun Hussein Onn.

SMK Mutiara Impian memastikan buruan tempat ke suku akhir semakin sengit apabila melonjak ke tangga kelima setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas MSS Putrajaya manakala SMK Datuk Peter Monjuntin pula menewaskan SMK Tunku Anum T.A.R juga dengan keputusan 1-0.

Empat pasukan teratas Liga Super dan Liga Perdana akan layak beraksi di peringkat suku akhir.

 

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SSM Bukit Jalil                                        5

SMK Za’ba (N.Sembilan)                         3

 

SMK Putera (Kelantan)                            0

SMK Seksyen 11 (Selangor)                    1

 

SMK Bukit Nenas (Terengganu)               0

SMK Seberang Temerloh (Pahang)          2

 

SMK Tabuan Jaya (Sarawak)                   1

SMK Syed Hassan (Perlis)                       2

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM BUKIT JALIL  (B14) 12 7 4 1 22 8 14 25
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 12 8 1 3 20 6 14 25
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 12 5 6 1 14 9 5 21
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 12 5 5 2 16 6 10 20
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 13 4 5 4 11 16 -5 17
SMK ZA’BA (SSN N.SEMBILAN) 12 4 3 5 16 19 -3 15
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 11 2 6 3 7 13 -6 12
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 12 1 3 8 5 16 -11 6
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 14 0 5 9 8 26 -18 5

 

LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Gunung Rapat (Perak)                    1

SMK Seri Titiwangsa (K.Lumpur)             1

 

SMK Mutiara Impian (P.Pinang)               1

MSS Putrajaya                                       0

 

SMK Tun Hussein Onn (Johor)                 0

SMK Seri Kota (Melaka)                                   0

 

SMK Datuk Peter Monjuntin (Sabah)       1

SMK Tunku Anum T.A.R (Kedah)             0

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 12 7 4 1 20 7 13 25
SSM PAHANG (B13) 13 7 1 5 17 17 0 22
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 12 4 8 0 7 2 5 20
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 12 5 3 4 16 16 0 18
SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P.PINANG) 12 4 3 5 14 15 -1 15
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP KUALA LUMPUR) 13 3 5 5 10 15 -5 14
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 12 4 1 7 9 15 -6 13
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 12 3 3 6 13 14 -1 12
MSS PUTRAJAYA (B14) 12 2 4 6 9 14 -5 10
- Advertisement -