20160827 - Liga KPM U14 SSNN9-SMK Zaaba(green) vs SSM-SSTMI-002

SSM Tunku Mahkota Ismail melepaskan peluang terbaik untuk mengukuhkan peluang mara ke suku akhir apabila sekadar mampu mengutip satu mata setelah mencatat keputusan seri 2-2 menentang SMK Za’ba dalam aksi Liga Super Piala Menteri Pendidikan Malaysia (B-14) yang berlangsung Sabtu.

Wakil Johor itu yang bertandang ke Kuala Pilah, mendahului 2-0 di sepuluh minit pertama menerusi jaringan Pengiran Mohd Ziham Ag Jumaat dan Razif Alimi Razaki.

Namun mereka gagal mempertahankan kelebihan itu dan berputih mata untuk membawa pulang tiga mata setelah membenarkan tuan rumah bangkit di separuh masa kedua menerusi dua jaringan Abdul Razif Abdul Rahim pada minit ke-31 dan 40.

Lebih malang, SSMTMI turut menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain setelah Norazwan Amir dan Razif Alimi kedua-duanya dilayangkan kad merah.

“Kualiti padang teruk jejaskan permainan pasukan saya. Bola melantun-lantun menyebabkan kita perlu lebih banyak hantar bola tinggi, ia ganggu keseluruhan perancangan kami. Tapi saya gembira pemain sudah lakukan yang terbaik, bermain mengikut arahan.

“Beberapa keputusan pengadil yang kurang tepat sebabkan kami hilang tiga mata. Kami datang mahu bermain bola tapi saya rasa Za’ba pula hanya mahu dapatkan keputusan. Dengan cara mereka (Za’ba) bermain, mereka boleh dapat keputusan tapi susah nak dapatkan pemain yang bagus,” ujar jurulatih SSM TMI, Usmera Omaro. 

Keputusan seri menyaksikan SSM TMI berada di tangga ketiga dengan 21 mata, namun kedudukan mereka semakin tergugat apabila hanya mengatasi pasukan tangga keempat SMK Bukit Nenas menerusi beza jaringan dan satu mata mengatasi pasukan tangga kelima SMK Seksyen 11.

Manakala SMK Za’ba yang mengumpul 16 mata masih berpeluang untuk memburu tempat di kedudukan empat teratas seterusnya mara ke suku akhir Liga KPM 2016.  

“Prestasi pasukan sedikit menurun sebab kita kehilangan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan, tetapi lega sebab pemain menunjukkan kesungguhan untuk kembali bangkit selepas ketinggalan.

“Cuma saya sedikit terkilan kerana kita tidak mengambil peluang di atas kekurangan pasukan lawan yang bermain 9 pemain. Saya harap pemain akan tunjukkan komitmen lebih baik pada baki perlawanan untuk capai sasaran ke suku akhir,” kata Azuha Abd Ghaffar, jurulatih SMK Za’ba.

SMK Seksyen 11 pula terus menghimpit kedudukan empat pasukan teratas setelah menundukkan SMK Bukit Nenas 2-0 di Subang Jaya, menerusi jaringan Azrin Afiq Rusmini dan Anwar Fauzi

Sementara itu di Padang MSN, jaringan tunggal minit akhir Amran Abdul Jamil membantu SSM Bukit Jalil menewaskan SMK Tabuan Jaya 1-0 dan terus unggul selaku pendahulu dengan 28 mata manakala pasukan tangga kedua SMK Seberang Temerloh turut melakar kemenangan 1-0 ke atas SMK Syed Hassan dari Perlis.

20160827 - Liga KPM U14 SSNN9-SMK Zaaba(green) vs SSM-SSTMI-001

Bagi aksi Liga Perdana, hanya SMK Gunung Rapat dilihat semakin hampir meraih tiket suku akhir setelah membuka jurang lima mata di tangga teratas hasil kemenangan 4-1 ke atas SMK Seri Titiwangsa.

Pasukan dari Perak itu menjaringkan gol menerusi Ikfan Mohd Rozi, Aiq Firdaus Abd Rahim, Zikry Hafiz dan Shakir Azim Wira untuk melakar kemenangan kelapan mereka musim ini seterusnya mendahului liga dengan 28 mata.

SMK Seri Kota dari Melaka melonjak ke tangga kedua dengan 23 mata, setelah menundukkan SMK Tun Hussein Onn 1-0 menerusi jaringan tunggal Fikri Azmi pada minit keempat.

Perlawanan lain menyaksikan SMK Tunku Anum dari Kedah menewaskan wakil Sabah, SMK Datuk Peter Monjuntin 2-1 dan melonjak ke tangga keenam manakala MSS Putrajaya kekal di tangga tercorot setelah seri tanpa jaringan menentang SMK Mutiara Impian dari Pulau Pinang.

 

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SSM Bukit Jalil                                                          1

SMK Tabuan Jaya                                                   0

 

SMK Seksyen 11 (Selangor)                            2

SMK Bukit Nenas (Terengganu)                       0

 

SMK Syed Hassan (Perlis)                                0

SMK Seberang Temerloh (Pahang)                  1

 

SMK Za’ba (N.Sembilan)                                 2

SSM Tunku Mahkota Ismail (Johor)                  2

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM BUKIT JALIL  (B14) 13 8 4 1 23 8 15 28
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 13 9 1 3 21 6 15 28
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 13 5 6 2 18 8 10 21
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 13 5 6 2 14 11 3 21
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 14 5 5 4 13 16 -3 20
SMK ZA’BA (SSN N.SEMBILAN) 13 4 4 5 18 21 -3 16
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 13 2 7 4 7 14 -7 13
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 13 1 3 9 5 17 -12 6
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 14 0 5 9 8 26 -18 5

 

LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Seri Kota (Melaka)                                           1

SMK Tun Hussein Onn (Johor)                         0

 

MSS Putrajaya                                               0

SMK Mutiara Impian (P.Pinang)                       0

 

SMK Tunku Anum (Kedah)                              2

SMK Datuk Peter Monjuntin (Sabah)                1

 

SMK Seri Titiwangsa (KL)                                1

SMK Gunung Rapat (Perak)                            4

 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 13 8 4 1 24 8 16 28
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 13 5 8 0 8 2 6 23
SSM PAHANG (B13) 13 7 1 5 17 17 0 22
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 13 5 3 5 16 17 -1 18
SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P.PINANG) 13 4 4 5 14 15 -1 16
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 13 4 3 6 15 15 0 15
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP KUALA LUMPUR) 14 3 5 6 11 19 -8 14
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 13 4 1 8 10 17 -7 13
MSS PUTRAJAYA (B14) 13 2 5 6 9 14 -5 11
- Advertisement -