Aksi pembukaan musim baru Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 100PLUS 2019 bermula pada Sabtu menyaksikan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) ‘A’ mendominasi carta Liga Super Bawah 14 tahun selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas SMK Tabuan Jaya.
Dua go terhasil dibabak pertama perlawanan, bermula dengan gol pembukaan oleh SSMP ‘A’ di minit menerusi Muhd Zachary Zahidadil sebelum Muhd Norfahmi M Zaki melebarkan kedudukan 2-0 enam minit kemudian.
Mohd Haykal Danish Mohd Haizon melengkapkan misi tiga mata pertama SSMP ‘A’ dengan gol ketiga di minit 59 sekaligus meletakkan pasukannya di tangga teratas liga.
Di Kuala Pilah, pengendali SMK Zaaba, Bahrom Tahir tampak resah dengan prestasi anak didiknya selepas gagal meraih tiga mata susulan keputusan seri ke atas SMK Bukit Nenas.
“Walaubagaimanapun, saya tetap berpuas hati dan akan berusaha lagi. Pemain perlu sedar di mana tahap prestasi persediaan terhadap corak permainan bagi saingan Bawah 14 tahun,”kata Bahrom.
SMK Zaaba yang melayan kunjungan SMK Bukit Nenas mendahului 2-0 di babk pertama.
Muhd Safiq Arun Mohd Efendy membuka tirai gol di minit 20 sebelum penalti oleh Daniel Iman Ihtisyam Zakaria enam minit berselang meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.
Namun, keadaan tampak genting buat tuan rumah apabila Muhd Fizuan Shakir memanfaatka kesilapan pertahanan SMK Zaaba untuk merapatkan jurang gol 1-2 untuk SMK Bukit Nenas di minit 41.
SMK Zaaba terlepas peluang untuk kembali melebarkan jurang gol selepas itu apabila Daniel Iman gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Wan Muhd Alif Imran Wan Mohd Noor muncul wira SMK Bukit Nenas apabila menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan sekaligus memastikan kedua dua pasukan pulang dengan satu mata.
“Di babak kedua, pemain pemain memberi tekanan dan tidak memberi ruang kepada lawan untuk menguasai bola dan kita berjaya bangkit dengan menjaringkan dua gol,”kata Ketua Jurulatih SMK Bukit Nenas, Asmawi Sulong.
SMK Zaaba dan SMK Bukit Nenas menduduki tangga kedua dan ketiga, berkongsi satu mata.
Saingan Liga Perdana menyaksikan SSMP ‘B’ mengunguli carta kedudukan selepas membenam SMK Seri Kota 4-0.
Tiga lagi pasukan, SMK Tun Hussein Onn, SMK Putera, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail B13, turut meraih tiga mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
Saingan Bawah 17 tahun pula menyaksikan SMK Temerloh berpesta gol selepas membenam SMK Meru 5-0 sekaligus menerajui saingan Liga Super.
Manakala SMK Tunku Anum terlepas peluang untuk meraih tiga mata dilaman sendiri selepas terikat satu sama dengan SMK Taman Tasik.
Liga Perdana B17 pula diungguli SMK Seksyen 11 yang membelasah SMK Damansara Utama 10-0. SMK Seksyen 11 diekori rapat tiga pasukan, SMK Anderson, SSTMI dan SMK Victoria yang turut meraih tiga selepas mencatat kemenagan ke atas lawan masing masing.
Keputusan perlawanan – BAWAH 14
LIGA SUPER
SMK Zaaba 2
SMK Bukit Nenas 2
SMK Tabuan Jaya 0
SSMP ‘A’ 3
LIGA PERDANA
SSMP ‘B’ 4
SMK Seri Kota 0
SSMP B13 ‘B’ 2
SMK Tun Hussein Onn 4
SMK Anderson 1
SMK Putera 2
SSTMI ‘B’ 1
SMK Kem Terendak 0
SMK Datuk Peter Mojuntin 1
SMK Ibrahim Fikri 1