Dengan persiapan rapi, ditambah kedatangan jurulatih baru Sven Goran Eriksson, Filipina optimis penantian panjang mereka untuk menjulang Piala AFF Suzuki akan berakhir pada edisi kali ini.
Pasukan âthe azkalsâ itu yang merupakan pasukan kedua terbaik rantau Asia Tenggara ketika ini dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) gagal melepasi halangan peringkat kumpulan di gelanggang sendiri pada edisi 2016 setelah menduduki tangga ketiga Kumpulan A di belakang Thailand dan Indonesia.
Begitupun mereka begitu membara untuk menebus hampa tersebut kali ini dan pemain tengah, Stephan Markus Schrock menganggap segalanya berada dalam landasan yang tepat untuk Filipina akhirnya mengegar arena bolasepak Asia Tenggara meskipun dihadiahkan undian sukar.
Filipina berada di dalam âkumpulan mautâ bersama-sama juara bertahan Thailand, juara tiga kali Singapura, finalis 2016 Indonesia dan juga Timor Leste. Filipina akan membuka kempen dengan menentang Singapura di gelanggang sendiri di Bacolod City pada 13 November.
âKami hormat kepada semua lawan kami tetapi kami tidak gentar. Pasukan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kami telah menunjukkan satu pencapaian yang mengagumkan sepanjang tahun ini dan tidak mahu berpaling.
âPersiapan berjalan dengan baik dan adanya jurulatih baru bertaraf antarabangsa saya percaya peluang untuk kami memenangi trofi AFF adalah cukup tinggi,â kata pemain kelahiran Jerman itu yang beraksi untuk Ceres Negros FC.
Sebagai rekod, the azkals mengumumkan pelantikan Eriksson yang pernah membimbing England di Piala Dunia 2006 pada minggu lalu. Selain England, jurulatih berusia 70 tahun itu juga pernah membimbing Mexico, Ivory Coast serta kelab Liga Perdana Inggeris Manchester City.
Pencapaian terbaik Filipina di pertandingan dwitahunan itu adalah mara ke separuh akhir tiga edisi berturut-turut 2010, 2012 dan 2014. – OLEH MUHAMMAD AIMAN