Kuala Lumpur Thunder mengekalkan permulaan sempurna dalam saingan Sepaktakraw League (STL) Premier 2018 setelah melakar kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Melaka Titans di Kompleks Gem In Mall, Cyberjaya.
Naib juara musim lalu itu mengetepikan tentangan sengit Melaka Titans dengan keputusan Ā 2-1 (24-22, 17-21, 21-11) sekaligus menghadiahkan juara Divisyen Satu musim lalu itu kekalahan kedua.
Jurulatih KL Thunder, Azhar Sarabini berpuas hati dengan permainan ditunjukkan barisan pemainnya dan memberikan kredit kepada servis bertenaga tekong gantian Ahmad Idham Sulaiman dan ākillerā gantian Norhafizi Razak yang banyak membantu mendapatkan mata.Ā
āKita bermula dengan kurang yakin mungkin kerana posisi tekong, saya juga membuat pertukaran dengan memasukkan killer baru untuk aksi hari ini (Amar Rohaimee).
āAmar belum serasi jadi ianya memberi kesan kepada keseluruhan pasukan menyebabkan kita banyak memberikan mata-mata yang tidak sepatutnya kepada pasukan lawan.
āPada set kedua saya membawa masuk Ahmad Idham ketika kita ketinggalan 8-16 dan kemudiannya Norhafizi. Kita berjaya mengejar sebelum tewas 17-21 dan pada set ketiga barulah nampak permainan sebenar kita, pertukaran yang dibuat itu membawa hasil dan saya sangat berpuas hati,ā kata Azhar.
Sebagai rekod, KL Thunder menang kedua-dua aksi pertama mereka pada minggu lalu dengan menewaskan Johor Tigris dan Perak Bison manakala Melaka Titans pula tewas dua aksi pertama kepada Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors sebelum melakar kemenangan sulung dengan menewaskan PDRM Defenders.
Aksi seterusnya bagi KL Thunder adalah menentang PDRM Defenders manakala Melaka Titans pula berdepan Selangor Pistons pada Sabtu.
Sementara itu dalam satu lagi aksi yang berlangsung lebih awal, ATM Guardians mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Perak Bison 2-0 (21-13, 21-14). – OLEH MUHAMMAD AIMAN
Keputusan (12 Oktober) :
KL Thunder mng Melaka Titans [2-1 : 24-22, 17-21, 21-11]
ATM Guardians mng Perak Bison [2-0 ; 21-13, 21-14]Ā