Oleh Muhammad Aiman
Datuk Seri Subahan Kamal dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor yang baru setelah berakhir Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS yang berlangsung pada Khamis.
Biarpun ada ura-ura mengatakan Subahan akan dicabar oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, namun pada akhirnya Subahan yang juga calon timbalan presiden FAM menang tanpa bertanding.
Subahan, 52 tahun, mengambil alih tanggungjawab ditinggalkan presiden terdahulu, Dato’ Seri Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor yang melepaskan jawatannya pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Subahan juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan sebelum ini pernah turut memegang jawatan naib presiden FAM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar pula dipilih sebagai timbalan presiden baru menggantikan Datuk Mokhtar Ahmad manakala dua bekas pemain Red Giants, K.Sanbagamaran dan Nazzab Hidzan pula terpilih di dalam senarai ahli jawatankuasa.Â
Senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif Sesi 2017-2021
Presiden : Dato’ Sri Subahan Bin Kamal
Timbalan Presiden : Dato’ Sri Shahril Bin Mokhtar
Naib Presiden :
Abdul Rauf Bin Ahmad
Datuk Lim Thean Shiang
Nizam Bin Sani
K.Palanisamy
Ahli Jawatankuasa :
Dato’ S Sivasundaram
Datuk Razak Bin Abd Karim
Santhana Raju
Dato’ Mohd Shahrizal Bin Sahri
R.Sekar Chandra
Mustaza Bin Ahmad
Omar Bin Ali
Datuk Ariffin Bin Dato’ Abd Hamid
Datuk P. Sugumaran
Simon Lim Swee Teck
Md Yunus @ Iskandar Bin Md Noor
Nazzab Bin Hidzan
K. Sanbagamaran