Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bakal mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk memilih kepimpinan baharu selepas Presiden ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal akan melepaskan jawatannya.

Tambahnya lagi, Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar turut akan melepaskan jawatannya dan ia akan diumumkan ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif FAS pada Khamis.

Khabar angin mengatakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah antara calon yang disebut sebut bakal mengambil alih kerusi utama FAS.

Berkata kepada media tempatan, Datuk Seri Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu memberi komitmen terhadap jawatannya selaku Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan mahu memastikan skuad hoki negara layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Prestasi pasukan Selangor tidak begitu memberansangkan apabila sekadar menghuni tangga ke 9 liga selepas mengharungi 11 perlawanan.

Hanta 11 mata berjaya diraih selepas 3 kemenangan, 2 keputusan seri dan enak kekalahan dilakar setakat ini.

Subahan bagaimanapun tidak melihat prestasi The Red Giant sebagai mengecewakan kerana Selangor mara ke separuh akhir Piala FA dan tidak mustahil akan memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.

 

- Advertisement -