Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil mencuri tumpuan di Jakarta International Equestrian Park apabila menduduki ranking pertama pusingan kelayakan acara dressage individu dalam penampilan sulungnya di pentas Sukan Asia selepas lapan tahun.
Qabil yang kali terakhir beraksi di Sukan Asia ketika memenangi pingat gangsa di Guangzhou, China pada 2010 tampil memukau perhatian juri dengan aksi menarik bersama kudanya, Rosenstolz.
Dia mengumpul 74.881 mata, mengatasi wakil Korea Selatan Hyeok Kim yang meraih 71.235 mata manakala ekuin Hong Kong Siu Wing Ying di tempat ketiga.
âBukan mudah untuk mendapat mata yang tinggi pada pusingan kelayakan, mungkin mereka menyukai kuda saya, saya tidak pasti tetapi ini adalah pencapaian penting.
âImpresi pertama terhadap kuda saya boleh memberi saya keyakinan yang lebih tinggi untuk cuba terus mencuri perhatian mereka (juri) lagi pada pusingan kelayakan seterusnya,â ujar Qabil.
Walaupun Rosenstolz dianggap kuda yang lebih murah dengan harga sekitar RM800,000 berbanding kuda-kuda dari Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Asia Barat yang mencecah jutaan ringgit, ia nampaknya cukup serasi dan senang ditangani oleh Qabil.
Qabil akan turun beraksi di pusingan kelayakan kedua pada Selasa.
12 ekuin terbaik akan melayakkan diri ke final yang dijadual berlangsung pada Khamis nanti. – OLEH MUHAMMAD AIMANÂ