Atlet olahraga lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail dan R Kirthana meluahkan keyakinan untuk memburu pingat emas di temasya Sukan SEA ke-29, Ogos ini.
Malah, bagi kem olahraga yang dipimpin Datuk Salim Parlan selaku Pengurus Pasukan, sebanyak tujuh pingat emas menjadi sasaran berbanding lima pingat emas yang diumumkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini.
“Pada mulanya kami meletakkan sasaran dengan merebut 5 pingat emas, namun setelah melihat prestasi para atlet saya yakin bahawa kami mampu merangkul 7 pingat emas bagi sukan olahraga ini”, kata Salim.
Katanya lagi, segalanya bergantung kepada atlet itu sendiri dalam misi merealisasikan misi tujuh pingat emas tersebut berdasarkan latihan dan keupayaan mereka untuk mempersipakan diri bagi menghadapi temasya Sukan SEA kelak.
“Saya juga sentiasa berpesan kepada para atlet supaya terus memberi memberi tumpuan yang maksimum ketika menjalani latihan bagi meningkatkan lagi stamina dan prestasi bagi mencapai kejuaraan”, katanya lagi.
Hakimi telah mengharumkan nama negara dengan mencatat rekod baru dengan lompatan sejauh 16.76m pada tahun 2015.
Atlet kelahiran Felda Rentam, Pahang ini optimis berdasarkan pencapaian yang telah diraih, beliau kini semakin bersemangat untuk lebih fokus dan memberikan kejayaan yang lebih besar untuk Malaysia.
Buat Kirthana, penyertaan sulung di Sukan SEA ke 29 ini malah terlibat di dalam program Kita Juara jelas dinantikan dan tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Dari kaca mata jurulatih lompat kijang, Victor Sotnikov, turut meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak didiknya agar mampu melangkau lebih jauh pada masa depan selepas penyertaan di Sukan SEA tahun ini. – OLEH FATIN FATIHAH ANAN