SKUAD polo Malaysia meraih kemenangan tipis 13-12 ke atas Thailand menerusi penalty shoot-out ekoran keadaan cuaca buruk yang menyebabkan perlawanan penuh antara kedua-dua pasukan tergendala di Pusat Ekuestrian Putrajaya pada Sabtu (26 Ogos).
Pada peringkat awal permainan, Thailand mendahului 9-8 tetapi Malaysia bangkit memberikan tentangan dan berjya mendahului.
Sebelum itu, Malaysia menewaskan Singapura 13-2 dan Brunei 12-3.
Ketua pasukan, Shaik Reismann Mohamed Ismail berpuashati dengan prestasi skuad dan percaya kemenangan itu telah menaikkan semangat pemain dan pasukan untuk terus ke perlawanan akhir pada Selasa (29 Ogos).
“Malangnya kita tidak dapat bermain sepenuh masa kerana cuaca tidak mengizinkan tetapi kita bermain baik dan berasa yakin selepas memenangi perlawanan ketiga kami hari ini,” kata Shaik Reismann.
“Kita harap dapat teruskan momentum kemenangan ini dan memberikan yang terbaik pada perlawanan akhir.
Kita telah berlatih untuk beberapa bulan dan saya rasa inilah masanya untuk kita menunjukkan kebolehan,” tambahnya.