Presiden JAwatankuasa Olimpik Filipina (POC), Peping Cojuangco bercadang untuk mengurangkan jumlah sukan tradisional di temasya Sukan SEA ke 30 pada 2019 nanti.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan wakil wakil negara Asia Tenggara lain berhubung cadangan ini.
“Saya mahu melihat trend menghadkan penyertaan bagi sukan sukan tradisional dikalangan negara negara yang menjadi tuan rumah di Sukan SEA,”kata Cojuangjco.
Kali terakhir FIlipina menganjurkan Sukan SEA adalah pada 2005 dimana mereka juga dinobat selaku juara keseluruhan buat pertama kali.
Mereka juga meraih 3 daripada enam pingat emas dalam acara arnis, salah satu sukan tradisional yang ada di Filipina.
“Jika anda lihat di Sukan SEA terdahulu, hanya kami sebagai tuan rumah yang tidak menggunakan kesempatan untuk meletakkan sukan sukan tradisional untuk meraih kelebihan,”katanya lagi
Malah, Cojuangco juga akan memastikan jumlah dan jenis sukan yangf akan dipertandingkan adalah seimbang untuk semua peserta.
“Kami tidak mahu melihat trofi yang ada di pejabat diperolehi hasil penipuan terhadao negara negara bertanding,”kata Cojuangco lagi.
Sukan SEA 2005, Filipina mempertandingkan 40 jenis sukan dan mempertandingkan dua sukan tradisional negara itu, Arnis dan Tarian.