Jabatan Kesihatan FIlipina (DOH) mengumumkan amaran secara besar besaran susulan kes denggi yang mencatatkan peningkatan serius di beberapa kawasan di negara itu.
Setiausaha DOH, Francisco Deque III menjelaskan peningkatan sebanyak 85 peratus jangkitan wabak denggi iaitu 106 630 kes direkodkan sejak 1 Januari hingg 29 Jun lalu berbanding 57 564 kes pada tahun lalu.
“Amaran ini adalah yang pertama kali kami keluarkan kerana objektif kami cukup jelas, mahu meningkatkan kesedaran dikalangan orang awam dan komuniti di dalam negara ini susulan peningkatan kes yang telah dibuktikan.
“Antara kawasan yang berisiko tinggi di selatan Visayas, diikuti Calabarzon, pertengahan Visayas, Soccsksargendan di bahagian utara Mindanao,”kata Francisco dipetik menerusi inquirer.net
Beliau turut menambah, beberapa kawasan antaranya Ilocos, Lembah Cagayan, Calabarzon, Bicol, bahagian barat Visayas, semenanjung Zamboaga, Davao, Bangsamoro dan Cordillera dipantau secara rapi.
Selatan Visayas mencatat jumlah kes tertinggi setakat ini dengan 13 164 kes diikuti Calabarzon (11 474), Bahagian Tengah Visayas (9199) Soccsksargen (9107) dan Utara Mindanao (8739)
“Pemerikaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh mampu untuk mengurangkan kes kematian jika kawasan kawasan yang terlibat dapat dikenalpasti lebih awal,”katanya lagi.