Pertelagahan melibatkan jumlah sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA ke 30 di Filipina pada 2019 sudah mula tercetus.
Media tempatan melaporkan Bendahari Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) yang juga Setiausaha Agung Wushu Filipina, Julian Camacho mahu sukan skuasy digugurkan daripada senarai sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA ke 30 atas alasan sukan tersebut tidak menunjukkan sebarang pencapaian.
Presiden Akademi Skuasy Filipina Robert Bachmann bagaimanapun menafikan dakwaan Camacho sebaliknya mengesahkan sukan itu masih kekal didalam senarai sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA ke 30 nanti.
Camacho sebelum ini tidak berpuas hati dengan penganjur Sukan SEA ke 29 kerana tidak memasukkan acar tempur yang menjadi salah satu acara kegemaran, sebaliknya, Malaysia menyenaraikan lapan acara lelaki dan sembilan acara wanita kategori bukan tempur (non combat sports).
Ketika Sukan SEA ke 29 Ogos tahun lalu, Filipina hanya meraih satu pingat emas dan satu pingat perak, kedua duanya menerusi kategori wanita.
Pingat emas diraih menerusi Agatha Chrystenzen Wong menerusi displin Taijiquan dan Taijijian wanita, namun rekod ini gagal menyamai pencapaian kontinjen Filipina di Sukan SEA ke 28 di Singapura pada 2015 dimana mereka meraih satu pingat emas dan empat pingat perak.
Malah, sebelum temasya sukan SEA di Kuala Lumpur, Camacho mengugut untuk memboikot sukan dwit tahunan ini andai acara tempur dalam sukan wushu tidak dimasukkan.
Kenyataan rasmi daripada Jawatankuasa Olimpik Filipina bagaimanapun membidas kenyataan Camacho, âkami tidak minta pengecualian semua acara tetapi perlu bersikap adil agar semua atlet boleh mengambil bahagian.â
Camacho juga tidak menolak untuk âmembalasâ tindakan Malaysia mengetepikan acara tempur bagi sukan wushu dengan mengugurkan sukan skuasy yang didominasi dan menjadi lubuk emas bagi kontinjen Malaysia.
âLangkah mayat saya dahulu jika Camacho mahu menggunakan skuasy sebagai agenda peribadi!âkata Bachmann yang memperbaiki catatan pingat bagi sukan skuasy dengan dua pingat perak dan enam pingat gangsa ketika Sukan SEA ke 29 berbanding hanya tiga perak ketika Sukan SEA 2015.
Bachmann juga menyampaikan mesej yang jelas kepada Filipina untuk melepaskan jawatannya sebagai timbalan Chef de Mission bagi kontinjen Filipina ketika Sukan SEA pada 2019 nanti.
Setiausaha Agung Taekwondo Filipina, Monsour del Rosario dilantik sebagai Chef de Mission bagi kontinjen Filipina di Sukan SEA ke 30 menyokong pendirian Bachmann untuk mengekalkan sukan skuasy.
âSaya sedar dan tahu bagaimana Robert (Bachmann) berusaha keras untuk memajukan skuasy dan mutu atlet skuan tersebut. Justeru saya menyokong untuk mengekalkan skuasy di Sukan SEA 2019,âkata Rosario.
Menggugurkan skuasy bermakna âmenghinaâ usaha membangunkan sukan itu dan kerja keras yang telah dilakukan oleh Robert Bachmann.
Tambah Bachmann, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Camacho dalam masa terdekat unuk membincangkan sekaligus menyelesaikan perkara ini.OLEH KU MOHD LUFTIÂ