Susulan penundaan tarikh penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke penghujung Julai 2021, timbul pula persoalan tentant status penganjuran sati lagi temasya dwi tahunan yang turut berlangsung tahun depan iaitu Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Vietnam.
Penganjur Sukan SEA ke 30, Filipina berpendapat Sukan SEA sesuai dianjurkan di sekitar bukan Disember seperti yang dilakukan oleh Filipina.
Presiden Majlis Olimpik FIlipina (POC) Abraham Tolentino memetik laporan media tempatan berkata, penganjuran Sukan SEA ke 31 sewajarnya diadakan tiga bulan selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo.
Ia dilihat sesuai untuk memberi ruang kepada mana mana atlet yang beraksi di Sukan Olimpik untuk melakukan persiapan yang sewajarnya.
Tuan rumah Sukan SEA 2021, Vietnam mencadangkan tarikh penganjuran temasya dwi tahunan itu dari 21 November hingga 2 Disember 2021 di Hanoi.
Sebanyak 36 hingga 40 jenis sukan bakal dipertandingkan dimana majoritinya merupakan sukan yang dipertandingkan di peringkat Olimpik.
Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) masih belum memberi sebarang kelulusan berhubung tarikh dan sukan sukan yang bakal dipertandingkan.
Vietnam telah menetapkan 20 dan 21 Mei untuk sesi mesyuarat SEAGF di Hanoi bagi memuktamadkan segalanya.