Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menetapkan tarikh baru bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.
Menerusi kenyataan media oleh Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang diadakan pada hari ini telah bersetuju untuk menganjurkan temasya edisi ke 20 ditetapkan bermula 6-14 Mac 2021.
Manakala penganjuran Sukan Para SUKMA Johor diputuskan akan diadakan dari 5 – 10 April 2021.
Tambahnya lagi, nama bagi kedua dua temasya itu dikekalkan iaitu SUKMA 2020 dan Para SUKMA 2020 meskipun dianjurkan pada tahun 2021.
Selain penetapan tarikh baru SUKMA 2020 dan Para SUKMA 2020, turut diumumkan atlet atlet yang telah didaftarkan dalam senarai pendaftaran awal (long list) sebelum 9 Januari 2020 dibenarkan mengambil bahagian di SUKMA Johor 2020 walaupun melebihi had umur seperti yang telah ditetapkan.
Malah, sebarang pertukaran atlet dalam senarai panjang boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2020, namun ia hanya melibatkan kes kecederaan sahaja dan perlu mendapat pengesahan doktor atau atau tidak mendapat pelepasan daripada majikan atau Institusi Pendidikan dan ia perlu disertakan surat pengesahan pelepasan.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa tertinggi seterusnya akan diadakan pada bulan Oktober 2020 untuk kita bincangkan semula tarikh SUKMA ini jika ada sebarang perubahan.
“Saya berharap dengan adanya keputusan ini semua atlet ā atlet pelapis kita di negeri –
negeri akan terus melakukan latihan persendirian berdasarkan program latihan yang telah
dibekalkan oleh jurulatih masing ā masing di sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ini.
“Selain itu saya juga memohon agar semua atlet, jurulatih serta pegawai
sukan di seluruh Negara untuk terus mematuhi arahan dan panduan tatacara pembersihan
yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta menghadkan sebarang
pergerakan masing ā masing di samping melakukan āself quarantineā serta melaksanakan
penjarakan sosial (social distancing),”kata Reezal.