Kerancakkan menuju perlawanan final bagi kategori perseorangan lelaki bawah 16 tahun Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua bagi kumpulan A semakin rancak melibatkan dua negeri; Selangor dan Kuala Lumpur apabila masing masing mengisi slot separuh akhir selepas menang ke atas lawan pada aksi suku akhir yang berlangsung di Akademi Badminton Perak, Meru, hari ini.
Pilihan pertama dari Selangor, Au Wei Shan terus menyalakan misi mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua di 100PLUS JET 2022 Kumpulan A selepas menang ke atas wakil tuan rumah, Muhd Al Imran Jasni 21-15, 22-20.
“Saya bermain dengan sebaik mungkin dan cuba kurangkan kesilapan sebaliknya menanti lawan melakukan kesilapan. Di set kedua saya ketinggalan tetapi sentiasa ingatkan diri sendiri untuk elak lakukan kesilapan dan kekal fokus.
“Untuk separuh akhir, jurulatih berharap saya berusaha untuk lebih yakin ketika bermain,”kata Wei Shan.
Wei Shan yang juga pemenang perseorangan lelaki bawah 16 tahun ketika 100PLUS JET Pusingan Pertama Kumpulan A, Mei lalu dijadual berdepan pemain Kuala Lumpur, Yap Chun Shin yang menundukkan rakan sepasukan, Ethan Loh Lim Tik 21-15, 21-15.
Satu lagi aksi separuh akhir juga akan menyaksikan pertembungan pemain Selangor dan Kuala Lumpur.
Shawn Hiu (Selangor) menang ke atas rakan sepasukan Razeeq Danial Roslie 21-17, 21-14 di peringkat suku akhir hari ini.
Aksi separuh akhir, beliau dijadual berdepan pemain Kuala Lumpur, Jayden Ng Yi Shen yang mengatasi pemain Melaka, Han Ryan Ee Jian straight set 21-11, 21-12.
“Lawan banyak melakukan kesilapan diawal permainan dan saya hanya kawal permainan sendiri. Ketika dia semakin kepenatan, saya banyak menolak bola kebelakang dan mendapat peluang apabila lawan saya menghantar bola separuh gelanggang.
“Untuk separuh akhir saya perlu lebih fokus, kurangkan kesilapan mudah dan berbincang dengan jurulatih bagaimana untuk hadapi lawan saya,”kata Jayden.
Saingan perseorangan perempuan bawah 16 tahun, Selangor mengisi dua daripada empat slot separuh akhir.
Pilihan pertama dari Selangor, Eng Ler Qi terus menepati ramalan melepasi peringkat suku akhir selepas menundukkan rakan sepasukan, Shanraya Kabilan 21-11, 21-14.
Beliau yang juga juara perseorangan perempuan bawah 16 tahun 100PLUS JET Pusingan Pertama dijadual berdepan seorang lagi pemain Selangor, Shan Lee Yu yang menang ke atas pemain tuan rumah, Cheng Pei En 21-18, 21-19.
“Saya tidak banyak menyerang dan bermain bola lambung diawal saingan sebelum mula menyerang bertubi tubi. Keyakinan untuk pertahankan kejuaraan itu ada dalam diri saya di kejohanan minggu ini.
“Kesilapan mudah dan kelajuan ketika menyerang masih perlu saya perbaiki dan cara permainan saya lebih tenang berbanding semalam kerana lebih gugup,”kata Ler Qi.
Satu lagi aksi separuh akhir esok bakal menemukan pemain dari Melaka dan Kelantan.
Shaneesa Shahidi (Melaka) menafikan impian Selangor untuk mendominasi saingan perseorangan perempuan bawah 16 tahun selepas menundukkan Chong Ker Yie straight set 21-12, 21-19.
“Saya perlu tingkatkan kelajuan dan bersedia untuk bermain dengan Yeap Phoi Lin di peringkat separuh akhir nanti. Keyakinan untuk cuba ke final sentiasa ada, saya akan cuba berikan yang terbaik,”kata Shaneesa.
Menanti Shaneesa di separuh akhir pemain Kelantan Yeap Phoi Lin yang menundukkan Christina Loh Shin Ni (Kuala Lumpur) 21-9, 21-17
“Diawal permainan saya agak resah kerana takut kehilangan rentak dan melakukan kesilapan, tetapi lama kelamaan saya semakin selesa bermain.
“Untuk separuh akhir saya berharap dapat tingkatkan kelajuan. Saya tidak fikir tentang lawan saya di separuh akhir dan hanya fokus pada permainan sendiri,”kata Phoi Lin.
Aksi bergu lelaki bawah 16 tahun peringkat suku akhir berlangsung lewat petang antaranya pilihan pertama dari Kelantan, Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid – Muhd Dennes Yusnunle berdepan pasangan Selangor, Goh Yi Qin – Lee Wen Chang.
Manakala bergu wanita pula menyaksikan aksi suku akhir diantara pilihan pertama dari Selangor, Eng LEr Qi – Shan Lee Yu berdepan gandingan Melaka, Alvina Lee Wan Yu – Chong Jin Roo sementara pilihan kedua juga dari Selangor, Chow Hui Er – K Reesha dijadual menentang pasangan Kelantan, Yeap Phoi Lin – Katherine Kang.
Sementara itu, bagi kategori bawah 14 tahun lelaki, dua pemain pilihan utama dari Selangor terus cemerlang menempah slot separuh akhir.
Tia Wei Jie yang turun selaku pilihan pertama mudah mengatasi cabaran wakil tuan rumah, Aison Diong Chiang Yi straight set 21-14, 21-9.
Beliau akan berdepan wakil Melaka, Wan Muhd Darwisy Wan Hadelee yang menundukkan Wong Meng Fong (K Lumpur) 21-13, 21-18.
Pilihan kedua, Tiew Yi Cheng juga mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan Murali Desan Sarvesh Aditya (K Lumpur) straight set 21-6, 21-11.
Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan dua pemain Kuala Lumpur Liew Jin Xuen Lee Ming Zhou selepas mengatasi lawan masing masing di peringkat suku akhir.
Aksi separuh akhir perseorangan perempuan bawah 14 tahun esok pula menyaksikan pertembungan empat pemain Kuala Lumpur yang bakal berentap untuk memburu slot ke final pada Ahad.
Pilihan pertama, Xin Ying Teh tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Selangor, Xuan Chanice Tan Ying 21-12, 21-17.
Xin Ying akan berdepan Weng Yan Lee yang menang ke atas wakil tuan rumah, Nur Aina Maisarah dalam aksi tiga set, 19-21, 21-19, 21-17.
Sementara Wong Au Mei menang ke atas Lim Yew Ern (Selangor) 21-9, 21-16 sekaligus bakal bertemu dengan rakan sepasukan, yang juga pilihan kedua Teoh Sue Mei yang menang ke atas seorang lagi pemain K Lumpur, Khor Jie Shi 21-15, 21-8.
Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negari yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.
Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .
Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.
Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .
Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.
100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.
100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.
100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.