Perenang China, Sun Yang mahu mengemukakan rayuan untuk membolehkannya beraksi di Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung tahun depan.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 dalam acara 200meter ini digantung lapan tahun selepas didapati menggunakan bahan terlarang pada 2018.
Beliau menghantar permohonan untuk dikurangkan tempoh penggantungan kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) di Switzerland pada 29 April lalu.
Sun mendakwa proses ujian tidak dipenuhi sepenuhnya malah mendakwa petugas yang melakukan ujian darah ke atasnya tidak bertauliah.
Badan induk renang dunia, (FINA) membenarkan Sun Yang untuk menyertai kejohanan selepas siasatan dalaman melibatkan ujian darah dilakukan.
Namun Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengemukakan rayuan dan diterima oleh CAS.