Dato’ Lee Chong Wei memeluk Lin Dan sejurus tamat permainan untuk mengesahkan ke slot pusingan akhir. Kredit Foto – REUTERS/Marcelo del Pozo

 

Lagenda badminton negara, Datuk lee Chong Wei menyifatkan sukar untuk seteru ketika era nya, Lin Dan untuk mengesahkan slot ke Olimpik Tokyo 2020.

Lin Dan memasang impian untuk membuat penampilan kelima di pentas Olimpik namun dengan keadaa semasa yang tidak menentu susulan Covid 19 ditambah dengan kehadiran generasi muda yang mempunyai kualiti tersendiri terutama dari China.

Lin Dan kini menghuni tangga ke 19 dunia dan sistem kelayakan Olimpik yang ditetapkan adalah hanya dua wakil bagi setiap negara yang dibenarkan bertanding dan perlu berada dalam senarai 16 terbaik dunia.

Bagi Chong Wei, Lin Dan berdepan cabaran yang cukup besar untuk layak ke Olimpik dan perlu berada dalam kelompok dua terbaik dari China jika mahu layak secara merit.

Tambah Chong Wei lagi usia tidak menghalang sesiapa untuk terus kekal di arena badminton namun cabaran untuk berdepan pemain pemain muda perkara mudah,

Pemain terbaik China ketika ini adalah Cheng Long yang berada di. rangking kelima dan Shi Yuqi dikedudukan kesembilan dunia.

Lin Dan yang juga pemenang pingat emas Olimpik dua kali pada 2008 (Beijing) dan 2012 (London) selepas menang ke atas Lee Chong Wei dikedua dua edisi tersebut semakin ‘dilupakan’.

Namun, hakikat yang tidak akan dilupakan, jika kedua dua pemain ini bertemu digelanggang ia akan menjadi sebutan global dan menjadi tumpuan peminat badminton khususnya.

Sepanjang 10 tahun, kedua dua pemain ini telah bersemuka di atas gelanggang lebih 40 kali dimana Lin Dan menang 28 kali.

Lee Chong Wei mengumumkan persaraan daripada arena badminton tahun lalu susulan kanser hidung dan akur untuk mengundur diri tanpa kilauan pingat emas Olimpik dan gelaran juara dunia.

Tambah Chong Wei,meskipun kedua dua pemain telah bersara, mereka adalah sahabat akrab dan tidak menolak untuk bekerjasama di masa akan datang untuk mempromosikan badminton.

 

 

- Advertisement -