M-Seki Liberty Honda’s Mohd Syafiq Rosli is determined to make his home crowd proud by breaking Motul Yamaha YY Pang’s domination in this weekend’s PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Teluk Intan, Perak.
The CP115 rookie has enjoyed a strong season so far, to finish the past six races within top 10 – with the highlight being a podium finish in Melaka and he is eager to repeat the same from to send his family and friends wild at Teluk Intan.
Syafiq’s consistency has earned him fifth spot in the overall standings with 63 points, 56 points adrift championship leader, Zaidy Mohd Zaifaizal with 119 points.
Zaidy’s Motul Yamaha YY Pang teammates, Mohd Izzat Zaidi Salehan and Tengku Amirul Haffiruddin complete the top three with 112 points and 88 points respectively.
“Racing at home gives me that extra buzz. The tremendous support from my family and friends adds to the pressure but it’s something really positive because it fires up my determination,” said Syafiq.
“My aim is to repeat my podium performance in Melaka – that’s the ultimate, but it’s a tall order, as the field is very strong especially the YY Pang riders. Although I am very familiar with the Teluk Intan layout, racing is very unpredictable as we’re all out there to win. I’ll be racing for my family and friends and that’s of most importance.”
Reflecting on his performance so far, Syafiq commented, “2014 is my rookie season but we have had some pretty impressive results and we have been running each and every race strongly. We’re really pulling together and this team effort is bringing us the rewards we’re looking for. We’re fifth in the championship and there’s no reason why we can’t move forward from here,” he said.
SYAFIQ MAHU CERIAKAN PENYOKONG TUAN RUMAH
Mohd Syafiq Rosli berhasrat untuk menceriakan penyokong tempatan dengan menghadiahkan kemenangan di halaman sendiri pada saingan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 yang akan berlangsung di Teluk Intan pada 27 dan 28 September ini.
Pelumba Rookie CP115 dari pasukan M-Seki Liberty Honda Racing itu mempamerkan prestasi konsisten pada musim ini apabila berjaya menamatkan enam perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik termasuk pencapaian podium pada pusingan keempat di Melaka dan yakin dapat mengulangi pencapaian tersebut dengan sokongan padu penyokong sendiri dan keluarga.
Anak kelahiran Perak itu setakat ini menduduki tangga kelima keseluruhan dengan 63 mata, 56 mata di belakang pendahulu, Zaidi Mohd Zaifaizal yang telah mengumpul 119 mata.
Selain Zaidy, tiga kedudukan teratas dikuasai pelumba Motul Yamaha YY Pang termasuk Mohd Izzat Zaidi Salehan di tangga kedua dengan 112 mata dan Tengku Amirul Haffiruddin ketiga, 88 mata.
“Berlumba di halaman sendiri memberikan suasana dan semangat berbeza kepada saya. Sokongan keluarga dan rakan-rakan menambahkan tekanan untuk saya namun pada masa sama menjadikan saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik,” jelas Syafiq.
“Sasaran saya adalah untuk mengulangi pencapaian podium di Melaka namun ia bukan tugas mudah terutama untuk berhadapan dengan cabaran sengit pelumba-pelumba YY Pang. Meskipun sudah biasa dengan keadaan litar Teluk Intan ini, namun ia tidak menjanjikan kelebihan besar kepada saya. Apa yang penting, saya mahu menghidangkan aksi terbaik kepada pasukan, keluarga dan rakan-rakan.”
Mengulas tentang prestasi setakat ini, Syafiq berkata, “Aksi pada musim pertama saya dalam kategori CP115 ini boleh dikatakan agak baik dan membanggakan. Kami melalui setiap perlumbaan dengan baik dan kerjasama seluruh ahli pasukan telah membawa kepada apa yang kami capai sehingga ke hari ini. Kedudukan kami di dalam senarai individu dan berpasukan keseluruhan juga begitu baik dan tidak mustahil kami mampu mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini.”