Oleh Muhammad Aiman
Setelah perbincangan panjang selama berminggu-minggu malah beberapa kali dilihat cuba bermain ātarik taliā, kerjasama antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan syarikat kosmetik terkemuka, DāHerbs Holding Sdn Bhd akhirnya tidak menjadi kenyataan.
KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tajaan RM30 juta selama tiga tahun oleh DāHerbs di mana setiausaha kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar menyatakan keputusan itu dibuat kerana ada beberapa syarat yang ditetapkan penaja sukar untuk dipenuhi.
āSetelah perbincangan dalam mesyuarat pengurusan KFA, kami dapati ada beberapa syarat yang ditetapkan mereka (DāHerbs) tidak boleh diterima dan boleh menyukarkan KFA.
āWalaupun tajaan tidak diteruskan, KFA berterima kasih kepada DāHerbs atas kesudian membantu menaikkan imej bolasepak Kedah dan mungkin jalinan kerjasama boleh diteruskan dalam bentuk medium yang lain,ā jelasnya dalam sidang media di Stadium Darul Aman, pada Rabu.
Walaupun tidak mendedahkan mengenai butiran permintaan dari pihak DāHerbs, sports247 difahamkan ianya berpunca dari permintaan yang tidak masuk akal serta tidak menguntungkan kedua-dua pihak yang dibuat oleh syarikat milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman itu.
Menurut sumber, antara permintaan yang paling sensasi adalah DāHerbs mahukan tanah milik kerajaan negeri seluas 120 ekar yang dianggarkan bernilai hampir RM35 juta secara percuma untuk membangun dan meluaskan empayar perniagaan mereka.
Sementara tajaan RM30 juta pula dipecahkan kepada RM10 juta setahun ā hanya RM6 juta untuk KFA manakala selebihnya adalah untuk penjenamaan dan pengkomersialan produk jualan DāHerbs, yang sama sekali dirasakan tidak berbaloi oleh KFA.
Pada 23 April lalu, DāHerbs menerusi pengasasnya, Datuk Aliff Syukri mengesahkan bahawa syarikatnya bersetuju untuk menaja RM30 juta untuk pembangunan bolasepak Kedah selain membaikpulih Stadium Darul Aman.
Sementara itu, Aminuddin berharap penyokong bolasepak Kedah memahami keputusan yang diambil oleh KFA ini dan menegaskan KFA akan terus mencari alternatif lain untuk menggerakkan persatuan sepertimana tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, āKFA sentiasa terbuka untuk menerima sekiranya ada mana-mana syarikat yang ingin menaja, namun syarat-syarat yang ditetapkan perlu diterima kedua-dua pihak demi kepentingan masa hadapan.ā