Kontinjen Malaysia meraih khabar gembira apabila atlet wushu negara, Tan Cheong Min meduduki tangga kedua displin Nanquan.Â
Tan Cheong Min memukau juri yang bertugas untuk memastikan 9.71 mata berjaya diraih untuk berada dikedudukan kedua keseluruhan sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih pingat.
Ia sekaligus menebus kekecewaan dua atlet tiga atlet wushu, Audrey Chan (Taijiquan wanita) dan Yeap Wai serta Wong Weng Son (Changquan lelaki) yang gagal menyerlah dalam acara masing masing.
Catatan 9.71 mata ini bagaimanapun gagal mengatasi atlet China, Tang Lu yang meraih 9.75 mata, 0.04 mata mengatasi Cheong Min.Â
Atlet Uzbekistan, Darya Latisheva melangkapkan tiga teratas bagi displin Nanquan catatan 9.69 mata manakala atlet tuan rumah Juwita Niza Wasni yang mengumpul 9.67 mata menduduki tangga keempat.
Tan Cheong Min akan turun beraksi bagi displin Nandao esok dalam misi pemburuan pingat.
Sementara itu, atlet negara yang beraksi dalam displin Jianshu wanita, Phoon Eyin akur untuk sekadar di kedudukan keenam keseluruhan dengan 9.58 mata.Â
Acara Jianshu wanita diungguli China, menerusi Guo Mengjiao yang meraih 9.75 mata sekaligus mendominasi kedudukan bagi displin ini.
Atlet dari Iran, Zahra Kiani mengumpul 9.70 mata untuk kedudukan kedua manakala atlet Vietnam, Duong Thuy Vi juga mengumpul 9.70 mata namun berpuas hati dikedudukan ketiga.
Aksi bagi displin Qiangshu akan diteruskan pada 20 Ogos bagi penentuan pingat.