Beregu campuran negara Tan Kian Meng – Lai Pei Jing menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan saingan di di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Perancis selepas mengesahkan slot ke peringkat suku akhir awal pagi tadi.
Diletak selaku pilihan kelapan kejohanan, Kian Meng – Pei Jing berdepan gandingan tuan rumah Ronan Labar – Audrey Fontaine.
Gandingan bergu campuran negara bagaimanapun tewas di set pertama 12-21, namun bangkit di dua set berikutnya 21-11 dan 21-11 untuk mara ke suku akhir.
Percaturan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadap gandingan bergu lelaki, Tang Wee Kiong, Ong Yew Shin tampak positif meskipun tersingkir di pusingan ketiga.
Wee Kiong – Yew Sin tewas dalam pertarungan tiga set ke atas pasangan dari Denmark yang juga pilihan kedua kejohanan, Mathias Boe – Carsten Mogensen 16-21, 21-19, 19-21. – OLEH KU MOHD LUFTI