Kejayaan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran Terbuka Korea 2024 menjadi hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-67.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Mokpo Seoul, Korea Selatan hari ini, gandingan kesembilan dunia itu bagaimanapun terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum menoktahkan kemenangan 17-21, 21-13, 21-13 menewaskan Guo Xin Wa-Li Qian dari China.

Ini merupakan kali pertama Tang Jie-Ee Wei muncul juara di kejohanan berstatus Super 500 selepas muncul naib juara Masters Thailand 2024 (Super 300) dan Terbuka Switzerland 2024 (Super 300).

Komen Toh Ee Wei selepas tamat perlawanan:

Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah merangkul gelaran pertama musim ini tidak kesampaian selepas tewas kepada wakil tuan rumah 12-21, 11-21.

Untuk rekod, pencapaian Tang Jie-Ee Wei di kejohanan berstatus lebih tinggi daripada Super 300 ialah mara ke separuh akhir Terbuka Singapura 2023 (Super 750), separuh akhir Terbuka China 2023 (Super 1,000), separuh akhir Terbuka Artik 2023 (Super 500) dan separuh akhir Masters Malaysia 2024 (Super 500).

- Advertisement -