Zaqhwan Zaidi in action

Zaqhwan Zaidi menjelaskan pemilihan dan penggunaan tayar bakal memainkan peranan penting bagi menentukan kemenangan pada saingan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, minggu ini.

Bekas juara SuperSports 600cc itu memberi bayangan di mana suhu yang panas memerlukan mereka merancang strategi terbaik bagi memastikan tayar Dunlop yang digunakan pada perlumbaan nanti dapat bertahan sehingga ke garisan penamat.

Zaqhwan bagaimanapun tetap yakin dia mampu tampil dengan aksi terbaik dalam perlumbaan malam itu berdasarkan pencapaian menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketujuh pada aksi pertamanya setelah kembali dari siri Kejuaraan Moto2 Dunia.

“Perlumbaan di Qatar sentiasa mencabar kerana kami perlu membuat pemilihan tayar yang tepat. Tayar juga lebih cepat haus berbanding litar lain kerana mempunyai banyak selekoh yang laju. Malah perlumbaan pada tahun ini berbeza kerana suhu yang agak panas berbanding tahun terdahulu yang berlangsung pada penghujung tahun,” jelas Zaqhwan.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menambah,”Berlumba dalam suhu panas walau bagaimanapun mempunyai kelebihan. Suhu yang panas membolehkan pelumba mencatat masa lebih pantas kerana ia memberikan lebih cengkaman kepada tayar namun ia juga menyebabkan tayar lebih cepat haus dan rosak. Jadi, saya perlu mempunyai strategi untuk memastikan tayar dapat bertahan lama. Saya perlu tahu bila untuk bertahan dan mengekalkan kelajuan atau bila untuk memecut lebih laju atau memotong pelumba di hadapan.”
 
Bercakap tentang sasarannya pula, Zaqhwan berkata, “Saya teruja dan tidak sabar beraksi di Qatar. Litar ini memberikan kenangan manis apabila saya dimahkotakan juara SuperSports 600cc di sini pada musim lepas.
 
“Malah keyakinan saya juga semakin bertambah selepas perlumbaan di Thailand. Meskipun mempunyai jentera yang pantas, namun saya melakukan beberapa kesilapan dan gagal menamatkan saingan di kedudukan lima pelumba terbaik. Saya akui agak kecewa dengan keputusan tersebut tetapi sedar yang saingan musim ini semakin sengit dan mencabar. Sasaran kami adalah untuk menaiki podium pada minggu ini.”

Zaqhwan

‘TYRE MANAGEMENT CRUCIAL IN QATAR,’ ZAQHWAN

Zaqhwan Zaidi said that managing tyre wear plays an important aspect for this weekend’s FIM Asia Road Racing Championship as he attempts to claw his way onto the podium at the Losail International Circuit in Qatar.

The reigning SuperSports 600cc champion hinted that the 5.380 kilometre circuit tends to be more abrasive on the Dunlop tyres and he expects the high track temperatures will further aggravate the problem.

Zaqhwan however remains confident he can make something happen under Losail’s floodlights following a fruitful outing in Thailand last month that saw him finish Race 1 and Race 2 seventh upon his return from the Moto2 World Championship.

“Qatar has always been known to be tricky especially where tyre wear is concern. Degradation happens a lot faster here compared to other tracks because there are a lot of high-speed corners. Adding on to the challenge, this year we will race under warm conditions unlike the past four seasons where the race took place during winter,” said Zaqhwan.

The Musashi Boon Siew Honda Racing rider added, “But racing in the heat does have it’s upside. Lap times are surely to be much faster because with more heat, the tyres can generate better grip. So to get on the podium this weekend, tyre management is crucial and we need to find the right balance between knowing when to attack and hold back.”

Speaking about his targets for this weekend, Zaqhwan said, “I’m looking forward to the night race. This place holds sweet memories because this is where I won the Asian SuperSports 600cc title last year.”

“Furthermore, I feel like I am gaining more confidence after the race in Thailand. We had a strong pace but unfortunately I made some mistakes in the race. I was disappointed but I knew getting back into the groove won’t be easy because competition is very stiff. The goal for this weekend is to make a further step forward and try to finish on the podium.”

- Advertisement -