Hampir lima bulan pemain pemain badminton remaja ‘terkurung’ di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menjalani latihan secara kuarantin dan tertutup sejak Julai susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan kini di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketika remaja lain sibuk di rumah bersama keluarga tersayang, pemain pemain yang bernaung di bawah BAM terpaksa berkorban demi nama Malaysia dan misi memburu karier yang gemilang sekaligus meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh jaguh jaguh badminton tempatan.

Namun, arus teknologi semasa tidak membataskan pemain pemain remaja ini untuk berhubung dengan ahli keluarga masing masing terutama si ibu dan ayah.

Masa yang ada dimanfaatkan dengan sebaik baiknya untuk menjalankan tugas sebagai anak.

Siti Shuhaini tidak pernah melupakan kedua orang tuanya meskipun padat dengan jadual harian.

Suara dan pesanan yang diberikan kedua orang tuanya dijadikan azimat untuk membakar semangat setiap hari.

Begitu juga dengan Eogene Ewe Eon dan Justin Hoh yang turut berkongsi cara beliau melepaskan kerinduan kepada orang tuanya.

 

- Advertisement -