Temuramah Bersama Dato’ Seri Zolkples Embong
Tarikh: 22 Disember 2016, Khamis
Tempat: Gimnasium 3, Sekretariat Sukan SEA& Para ASEAN (Kuala Lumpur 2017), Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Soalan : Secara amnya, bolehkah Dato’ Seri komen sedikit mengenai progress persiapan bagi penganjuran Kuala Lumpur 2017 setakat ini?
Dato’ Seri Zolkples Embong (DSZ) : Setakat ini, kemajuan persediaan kita untuk menghadapi temasya Kuala Lumpur 2017 berjalan dengan baik sekali. Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Brig. Jeneral Menteri Belia dan Sukan telah bermesyuarat sebanyak lima kali. Terkini, pada 15 November yang lalu di mana setiap jawatankuasa sebanyak 15 jawatankuasa, saya telah memberikan report tentang perkembangan terkini yang telah mereka melaksanakan dan kita juga telah mengadakan mesyuarat secara berasingan dengan setiap jawatankuasa untuk memperhalusi segala tindakan yang berkaitan dengan jawatankuasa masing-masing. Pada masa yang sama, kita juga telah mengadakan mesyuarat dengan dua buah jawatankuasa pengelola tempatan di Langkawi yang akan mengendalikan sukan pelayaran dan di Kuala Terengganu yang akan mengendalikan acara endurance sebagai salah satu disiplin sukan untuk ekuestrian.
Jadi, setakat ini, semua jalan dengan begitu baik sekali dan kita di Sekretariat MASOC memang memantau secara terperinci supaya tidak menghadapi sebarang masalah yang besar, bagi aspek sukan dan teknikal yang melibatkan 38 sukan untuk temasya sukan SEA dan 16 sukan untuk Para ASEAN, kita juga telah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan yang terlibat dengan sebegitu detail sekali , sudah tentu ia turut melibatkan pengurus sukan yag telah kita lantik dan aspek-aspek seperti penyediaan venue, peralatan pertandingan, pegawai teknikal dan sebagainya memang diberikan tumpuan sepenuhnya.
Soalan: Adakah Dato’ Seri berpuas hati dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini?
DSZ : Setakat ini, saya amat berpuas hati walaupun saya berpendapat banyak lagi yang boleh kita pertingkatkan, kerana kita telah menetapkan timeline, tarikh-tarikh yang perlu kita capai, yang turut juga melibatkan negara-negara Asia Tenggara yang akan mengambil bahagian. Contohnya sepanjang bulan November dan Disember, banyak makluman yang telah kita keluarkan dari segi penyertaan pegawai perhubungan negara-negara Asia Tenggara yang lain, kita juga telah keluarkan borang untuk pendaftaran mengikut bilangan nombor. Yang pertama, Yang Berhormat Menteri sendiri telah pun mengeluarkan surat jemputan rasmi kepada Presiden Majlis Sukan Olimpik negara-negara yang berkenaan. Jadi, banyak yang telah kita keluarkan, dan buat masa ini, kita hanya menunggukan maklum balas. Kita sedang membuat persiapan yang begitu rapi sekali untuk mengadakan mesyuarat CDM (Ketua Kontinjen) yang pertama, yang kita cadangkan pada 14 haribulan Februari pada tahun hadapan, dan sudah tentu banyak perkara yang perlu kita persiapkan terutama buku panduan teknikal, teknikal hand book dan juga buku-buku panduan yang lain seperti pengangkutan, penginapan, media dan sebagainya. Ini dalam proses penyediaan. Program latihan untuk sukarelawan yang pertama yang akan dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia akan bermula pada 28 dan 29 haribulan Disember ini, minggu hadapan yang melibatkan 500 orang sukarelawan. Ini merupakan program yang pertama dan daripada ini kita akan lihat apa yang perlu kita tambah baik untuk program-program yang seterusnya. Jadi banyak tarikh-tarikh yang yang telah kita tetapkan dan kita sedang berusaha sepenuhnya supaya kita menepati masa yang telah kita tetapkan supaya tidak berlaku sebarang masalah sepanjang kita menguruskan perkara-perkara yang berkenaan.
Soalan: Kalau kita pergi satu persatu, bagaimana pula dengan persiapan untuk penginapan atlet?
DSZ : Kita semua sedia maklum bahawa untuk temasya Sukan SEA, kita tidak perlu menyediakan sebuah perkampungan sukan, seperti temasya Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Kita telah memutuskan untuk menempatkan bukan sahaja kontinjen, pegawai teknikal, media, VIP dan sebagainya di hotel. Yang Berhormat Menteri pada dua hari yang lalu telah meluluskan senarai hotel yang telah kita cadangkan untuk penempatan, saya sebutkan empat kumpulan yang utama tadi. Malah, kita telah menentukan hotel mana yang akan diduduki oleh negara-negara peserta sebanyak 11 negara. Itu bagi acara-acara yang akan diadakan di Lembah Klang. Manakala acara-acara di luar Lembah Klang seperti di Putrajaya, di Shah Alam, di Subang, kita telah mengenal pasti hotel yang ada berhampiran dengan venue supaya kita akan menjimatkan banyak kos, masa dan sebagainya. Saya ambil contoh – Sunway Pyramid Hotel kebiasaanya digunakan oleh persatuan boling untuk menempatkan atlet dan pegawai apabila mereka menganjurkan sesebuah/sesuatu pertandingan boling dan ini akan kita teruskan.
Jadi, kita telah pun mengenal pasti hotel di Putrajaya, di Shah Alam, di Subang dan sebagainya termasuk di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil sendiri. Jadi, setakat ini tiada masalah. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mempengerusikan jawatankuasa makanan dan penginapan telah mengambil inisiatif yang begitu baik sekali untuk berunding dengan pengurusan hotel yang saya sebutkan tadi bagi mendapatkan harga yang rendah, kemudahan-kemudahan yang kita perlukan, kemudahan-kemudahan bilik untuk urus setia, untuk jawatankuasa, pengangkutan, keselamatan dan sebagainya, dan ini akan kita teruskan supaya kita dapat sediakan kemudahan yang terbaik kepada negara-negara peserta nanti.
Soalan: Bagaimana pula dengan persiapan pengangkutan?
DSZ: Pengangkutan merupakan salah satu aspek yang paling penting dalam penganjuran sesuatu temasya sukan kerana ini akan menentukan sejauh mana kelancaran pengelolaantemasya tersebut dan kita tahu Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang agak sesak dengan kenderaan. Kita tidak boleh memilih untuk menutup jalan raya terutama pada masa-masa kemuncak (peak hours). Bagaimanapun jawatankuasa pengangkutan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Dato’ Seri Nazri Siron, dan beliau dan pegawai-pegawai beliau telah mengambil tindakan yang awal untuk memastikan aspek pengangkutan ini dapat disediakan dalam cara yang terbaik supaya tidak berlaku masalah kelewatan bermulanya acara dan pada masa yang sama, ada beberapa jawatankuasa yang lain turut membantu, sudah tentu jawatankuasa keselamatan trafik juga memainkan peranan yang penting. Mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat polis trafik untuk membantu terutama saya sebutkan pada masa-masa kemuncak supaya urusan pengangkutan dapat berjalan dengan begitu lancar. Buat masa ini, kita telah pun menerima penajaan daripada Syarikat Naza untuk menyediakan sebanyak 300 buah kereta dan juga van dan ini tentunya membantu kita di MASOC dan juga kerajaan dalam mengurangkan lagi kos yang perlu kita sediakan untuk menganjurkan. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak, terutama jabatan-jabatan kerajaan agar dapat membenarkan kita menggunakan segala kemudahan pengangkutan yang ada, terutamanya bas, lori dan sebagainya. Jadi, ini akan kita teruskan.
Soalan : Ada yang menyatakan kebimbingan mengenai venue pertandingan apabila dikatakan bahawa ia hanya akan siap sebulan sebelum Kuala Lumpur 2017 berlangsung. Apa komen Dato’ Seri dalam hal ini?
DSZ: Semua menimbulkan kebimbangan kerana banyak berita yang menyebutkan tentang kemudahan di Kompleks Sukan Negara di Sports City yang akan diserahkan kepada kita pada bulan Jun, kita memang mengambil kira aspek ini dari mula kerana kita tahu apabila projek Sports City bermula bagi fasa pertama yang akan melibatkan kerja-kerja asas seperti kerja-kerja pembaikan, pengecatan semula dan sebagainya, dan kita telah bekerjasama dengan pihak yang terlibat terutamanya persatuan-persatuansukan. Sebanyak enam sukan akan diadakan di Sports City dan kita juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat ataupun jawatankuasa yang akan mengendalikan upacara perasmian dan penutupan untuk mengambil kira semua aspek tentang kemudahan yang terdapat di Sports City atau di Kompleks Sukan Negara. Pada masa yang sama, ingin saya tekankan bahawa Sports City merupakan salah satu daripada 35 venue untuk 38 sukan, sebenarnya untuk 36 atau 34venueyang lain kita tidak menghadapi masalah. Ada sesetengah venue yang telah siap yang kita rancang untuk adakan pre-games pada bulan Februari atau pun Mac sudah tentu ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
Soalan : Adakah jadual pertandingan kini telah siap untuk negara yangbakal menyertai Kuala Lumpur 2017?
DSZ: Jadual pertandingan bagi draf yang pertama telah pun kita siapkan dan telah pun diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri dua hari yang lalu, ini penting bagi kita kerana jadual ini harus kita edarkan kepada semua negara peserta, kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang terlibat, dan sudah tentu kita mengambil masa yang agak panjang untuk menentukan jadual kerana kita harus mengambil kira kemudahan siaran langsung atau siaran tertunda. Kita juga mengambil kira penyertaan atlet-atlet kita dan sasaran kita untuk memenangi pingat emas sudah tentu kita ingin melihat kalau boleh pada setiap hari atlet-atlet kita akan memenangi pingat emas sehingga hari terakhir di mana kita telah mensasarkan untuk kita keluar sebagai juara keseluruhan. Jadi, semua faktor ini telah kita ambil kira dan alhamdulilah dua hari yang lalu telah diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri dan kita akan teruskan segala persiapan yang kita perlu lakukan.
Soalan: Untuk promosi dan penajaan pula, apakah ia telah mencapai apa yang MASOC sasarkan untuk Kuala Lumpur 2017?
DSZ: Kita telah melantik sebuah syarikat untuk membantu kita melaksanakan kedua-dua aspek promosi dan penajaan. Untuk promosi kita telah pun bermula, kita dah lakukan banyak program yang membantu kita untuk mengadakan promosi. Contohnya, kita sedang dalam proses untuk melaksanakan program Back to School di mana syarikat yang telah kita lantik sedang dalam proses untuk memasarkan keluaran ataupun barangan untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan dalam masa dua minggu lagi mula kembali kealam persekolahan. Jadi, banyak peralatan-peralatan sepertibackpack, buku dan sebagainya bagi membolehkan mereka menggunakan peralatan tersebut dan pada masa yang sama peralatan ini membawa logo maskot dan sebagainya dan sudah tentunya ini akan membantu promosi kita. Dewan Bandaraya banyak membantu kita dalam menyediakan billboard, poster dan sebagainya. Sebenarnya kalau mengikut perancangan kita, program promosi kita secara besar-besaran akan bermula pada bulan Februari tahun depan dan ini akan kita teruskan sehingga temasya bermula nanti.
Dari segi penajaan, setakat ini kita telah mendapat komitmen daripada beberapa syarikat, di mana kita pun telah menandatangani MOU. Pada masa yang sama, pihak syarikat sedang berusaha untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya RM80 juta, di mana RM50 juta merupakan barangan ataupun perkhidmatan dan RM30 juta dalam bentuk tunai. Mereka yakin mereka akan mencapai lebih daripada sasaran yang telah kita tetapkan dan ini memang kita amat alu-alukan dalam usaha kita untuk meringankan beban, terutama beban kerajaan dalam mengelolakan temasya ini nanti. Kita sendiri di MASOCmenerima banyak tawaran-tawaran. Kita tiada masalah untuk mendapatkan, cuma dari segi untuk melaksanakan ROI (Return of Investment) ini kita agak kekurangan kerana kita tidak ada kepakaran dan juga manpower untuk melaksanakanya. Bagaimanapun, syarikat sentiasa memberikan kita maklumat terkini apa yang telah mereka capai.
Soalan : Dato’ Seri ada berkata bahawa Sukan SEA akan dianjurkan dengan berhemah, dan terdapat seruan untuk memastikan bahawa ia bebas dari penyelewangan. Apa komen Dato’ Seri mengenai perkara ini?
DSZ: Saya sentiasa menekankan dalam apa sahaja program yang saya laksanakan bukan sahaja pengelolaan temasya Sukan SEA ini, bahawa perbelanjaan berhemah atau prudent spendingis very very important. Kita harus pastikan setiap ringgit yang kita belanjakan dapat memberikan pulangan yang baik. Saya sentiasa percaya bahawa tidak semestinya kita mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk menjayakan sesuatu program, ini bergantung bagaimana kita melaksanakannya. Dari segi disebutkan tadi, sebagaibebas daripada penyelewangan, saya telah sebutkan pada awal lagi, bahawa saya akan memastikan segala peraturan harus kita ikuti kerana kos untuk mengelolakan temasya Sukan SEA ini tinggi, dan kita sebagai agensi kerajaan kita ada peraturan yang harus kita patuhi, kita ada tatacara kewangan, arahan-arahan pembendaharaan, pekeliling dan sebagainya.
Kita tahu, dalam proses untuk mendapatkan satu perkhidmatan atau barangan, kalau younak belanjakan satu ringgit pun ada peraturan yang harus diikuti,saya memang tegas dalam aspek ini, saya dah maklumkan pada Yang Berhormat Menteri bahawa apa arahan saya akan laksanakan tapi saya harus pastikan peraturan diikuti. Saya sentiasa memberi peringatan kepada pegawai-pegawai saya supaya aspek ini saya tidak akan berkompromi, saya akan ambil tindakan atas kesalahan sebab tu kita telah mengadakan, pegawai-pegawai kita di MASOC telah mengadakan ikrar integriti pada bulan Oktober yang lalu diikuti dengan kita menandatangani “Aku Janji” bahawa kita akan telus dalam melaksanakan apa sahaja terutamanya yang melibatkan perbelanjaan dan juga bayaran. Jadi, pada majlis tersebut, ada wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang hadir untuk menyaksikan proses “Aku Janji” dan juga IntegrityPact, dan ini akan kita teruskan, saya akan memantau setiap perkara. Saya sedang berusaha untuk mendapat temu janji dengan Yang Berbahagia Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara untuk saya berbincang dengan Tan Sri apakah nasihat ataupun pandangan yang boleh Tan Sri berikan untuk membantu kita supaya apa yang kita laksanakan mengikut peraturan dan telus supaya tidak timbul masalah.
Saya juga bercadang untuk mengadakan lagi perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membincangkan perkara yang sama supaya kita nanti tidak menghadapi sebarang masalah apabila kita selesai penganjuran dan saya dah janji dalam masa satu tahun saya akan selesaikan segala penutupan akaun, laporan dan sebagainya. Jadi, ini yang penting.
Soalan : Bagaimana pula dengan persiapan MASOC untuk Sukan Para ASEAN?
DSZ: Persiapan untuk temasya Para ASEAN berlangsung sama dengan persiapan kita untuk menghadapi Sukan SEA. Kita semua sedia maklum bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri telah memutuskan bahawa Para ASEAN diberikan hak yang sama rata dengan penganjuranSukan SEA dan beliau sendiri telah memutuskan supaya upacara perasmian dan penutupan Para ASEAN juga dilaksanakan di Stadium Nasional seperti Sukan SEA. Saya telah pun melantik pegawai-pegawai sepenuh masa untuk bertanggungjawab dengan penganjuran Para ASEAN, kita harus ingat Para ASEAN akan berlangsung dua minggu selepas Sukan SEA, jadi kita tidak boleh ada yang ketinggalan. Kita bekerjasama rapat dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk memastikan temasya Para ASEAN diberikan keutamaan yang sama.
Soalan : Apakah azam baru MASOC untuk tahun baru ini?
DSZ: Saya baru bermesyuarat dengan pegawai-pegawai saya tadi.Saya minta mereka supaya bersedia selepas kita kembali, ada yang mengambil cuti panjang hujung tahun. Saya sebutkan cuti pada kali ini untuk recharge semula. Come Januari nanti kita terus masuk ke gear empat, tak ada masa untuk kita masuk gear satu atau dua, saya sebutkan tadi, kita sedang membuat persedian untuk mesyuaratChef De Mission, jadi kita tidak mempunyai banyak masa dan saya tahu bagaimana semangatnya setiap pegawai dan anggota saya. Mereka sedar tentang apakah peranan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan dan saya harap semua akan kembali pada tahun baru nanti dengan semangat yang lebih tinggi untuk membuktikan bahawa kita mampu mencapai matlamat kita untuk menjadi antara pengelola yang terbaik dalam sejarah pengelolaan Sukan SEA nanti.