Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Pengelola Sukan Sea dan Para Asean 2017, Shaiful Subahan yakin Program Latihan Sukarelawan fasa pertama yang bermula sejak 28 Disember lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia telah banyak memberi input berguna kepada peserta yang terlibat.
Menurutnya, tenaga sukarelawan adalah antara ‘jentera penting’ bagi memastikan kelancaran perjalanan KL 2017 justeru 13,000 sukarelawan akan dilatih untuk memastikan mereka memahami peranan, prinsip, nilai kesukarelawanan dan mengajar mereka menangani krisis dengan cara yang betul.
“Sukarelawan akan menjalani dua modul latihan, iaitu fasa pertama yang merupakan latihan umum yang akan berlangsung sehingga hujung Februari. Ini bagi mengajar mereka mengenai cara komunikasi, nilai-nilai perlu diamalkan dan sebagainya.
“Imej yang bakal mereka tonjolkan akan memberi gambaran mengenai imej Malaysia sebagai tuan rumah, jadi mereka perlu memahami nilai-nilai yang betul untuk diamalkan.
“Yang kedua, adalah latihan khusus, yang spesifik mengikut bidang tugas masing-masing. Ini akan diadakan pada bulan April dan Mei, merangkumi kesemua 16 bidang tugas yang berbeza.
“Peserta-peserta akan mengikuti latihan khusus termasuk di semua venue-venue pertandingan yang mana akan diadakan bersama badan-badan berkaitan sama ada swasta atau kerajaan,” katanya.
Shaiful turut menjelaskan bahawa setakat ini terdapat lebih kurang 54,000 peserta yang telah menyatakan minat untuk menjadi sukarelawan manakala 26,000 telahpun mendaftar dengan mengisi borang secara online.
Meskipun jumlah itu sudah jauh melebihi jumlah sukarelawan yang diperlukan, Shaiful tetap mengalu-alukan lebih ramai peserta untuk mendaftar kerana menurutnya terdapat kemungkinan ada yang menarik diri atau tidak dapat hadir.
“Kita akan perlukan ‘back-up’, jadi kita alukan semua, baik yang bekerja, belajar, atau pesara untuk sumbang tenaga dan masa bagi menjayakan Sukan Sea. Kalau mereka ada pengalaman atau kepakaran seperti doktor untuk kecemasan atau perubatan, itu memang bagus tapi kami berikan latihan kepada yang tiada.”
Sementara itu, salah seorang peserta, Auni Nabilah Anuar Alsadat, 22 tahun yang merupakan pelajar Kolej Perubatan Sime Darby mengakui teruja untuk pertama kali terlibat dalam program seperti ini.
“Saya memang suka sertai program sukarelawan, sebelum ini ada juga terlibat tetapi tidak sebesar Sukan Sea, ini kali pertama. Saya nak cuba ambil peluang dan pengalaman yang boleh dapat dekat sini. Lagipun boleh dapat ramai kawan baru,” kata Auni Nabilah.
Manakala S. Sivasakthi, pegawai farmasi berusia 25 tahun berharap dia dapat menjadi sebahagian daripada sejarah dan kejayaan kontijen negara di KL 2017.
“Saya sememangnya seorang yang aktif menjadi sukarelawan sejak kecil dan saya merasakan negara memerlukan sumbangan tenaga yang lebih untuk memberi sokongan dan menjadikan Sukan Sea satu kejayaan. Saya mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan itu, dan saya harap semuanya akan dipermudahkan,” ujarnya.
Volunteers are ‘integral’ to the success of KL 2017
Shaiful Subahan, the Chief Operating Officer of MASOC, said that the Volunteer Programme which started at the end of last year at the University Kebangsaan Malaysia (UKM) has managed to deliver the right input to the would-be support staff for KL 2017.
He said that the ‘Volunteer Programme’ is an integral part to the success of KL 2017 where 13,000 volunteers will eventually be trained with the right principle and understanding the value of volunteerism as well as their role in overcoming issues which might crop up.
“Volunteers will undergo two training modules, with the first being a general training so that they understand their basic roles and functions at the Games. This will run until the end of February.
“We will be stressing on their need to project the right image during the Games as this will also give a positive image for the country and they will have to portray the right values.
“Phase Two will be more specific where trainees will be given exposure to their more specified role during the Games. Each field is different and obviously we have to make sure that the volunteers understand the different issues. Phase Two will be held in either April or May and will encompass all 16 different job scope.
“Volunteers will by then know which field they will be attached to and their traning then will follow closely the needs of the various competition venues.”
Shaiful further explained that up this point, more than 54,000 participants have expressed their intention to be part of the ‘Volunteer Programme’ while 26,000 have officially signed up online.
“We are happy with the numbers obviously but we hope that more will sign up as I believe that we will need ‘back-up’, just in case, some of them drop up with just weeks to go. We welcome everyone, with training or without, as whatever the case maybe, we will be providing training,” he added.
In the meantime, Auni Nabilah Anuar Alsadat, a 22-year-old with the Sime Darby Medical College, said that she is very excited to be part of the volunteer programme.
“I like to be a volunteer where in the past, I had taken part in some events but not one as big as the SEA Games. This is my first time, so I hope to get the experience and also to make new friend,” said Auni Nabilah.
For S. Sivasakthi, a 25-year-old pharmacist, said that he hopes to be part of the success for KL 2017.
“I am a very active person, where from young I had always taken part in volunteer programme. But since this is the SEA Games, I hope that I can be part of the overall success of the nation. I want to play my part for KL 2017,” he said.