Gabenor New York, Andrew Cuomo memberi satu khabar gembira dan satu khabar kurang enak buat peminat tenis.
Khabar gembira, Cuomo mengesahkan kejohanan Tenis Terbuka US akan dilangsungkan bermula 31 Ogos hingga 13 September depan.
Namun berita yang kurang enak adalah ia akan dijalankan tanpa kehadiran penonton kerana negera tersebut masih dalam proses pemulihan susulan pandemik Covid 19.
Kenyataannya dimuat naik dilaman sosial twitter Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) turut menambah, penganjur akan mengambil langkah berjaga jaga untuk melindungi pemain pemain termasuk ujian saringan, proses pembersihan yang lebih kerap serta ruang penyimpanan yang lebih besar serta beberapa lagi kemudahan yang lain.
Tiada kejohanan major yang berlangsung sejak Mac lalu susulan penularan wabak coronavirus yang menyaksikan hampir keseluruhan acara sukan terjejas dan dijangka hanya akan bermula pada Ogos
Hanya satu kejohanan major sahaja yang berjaya dianjurkan, iaitu Terbuka Australia. Kejohanan besar lain dijangka bermula pada September seperti Terbuka Perancis, seminggu selepas Terbuka US manakala Wimbledon dibatalkan.
Ketua Eksekutif USTA, Mike Dowse menerusi kenyataan turut menjelaskan perincian tentang Terbuka US akan diumumkan kelak dan keutamaan mereka ketika ini adalah keselamatan dan mengelak sebarang risiko yang akan menjejaskan kejohanan.
Rata rata pemain tenis seperti Novak Djokovic dan juara bertahan, Rafael Nadal tidak bersetuju dengan penganjuran mana mana kejohanan tenis buat masa ini sehingga Covid 19 berjaya ditangani sepenuhnya.
Nadal tidak berhasrat untuk pergi ke mana mana negara buat ketika ini sementara Djokovic melihat penganjuran sebarang kejohanan tenis sukar untuk dilaksanakan susulan pelbagai penguatkuasaan di setiap tempat.
Pemain tenis tuan rumah, Nick Kyrgios turut mencela dan menyifatkan USTA sebagai pentingkan diri sendiri.
Edisi lalu, Terbuka US mencatatkan kehadiran hampir 740 000 penyokong.
Bandar New York antara lokasi yang terjejas teruk susulan pandemik Covid 19 malah, Pusat Tenis Kebangsaan Billie Jean King dijadikan hospital sementara untuk membantu menangani virus tersebut.