Seramai 10 pemain dari skuad yang menduduki tempat ketiga di Kejuaraan AFF B-16 Indonesia pada Julai lalu disenaraikan Lim Teong Kim untuk memperkuatkan cabaran di Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC B-16) 2018 yang bermula 20 September depan.
Pemain-pemain tersebut adalah Abdul Alim Al-Amri Ali dan Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri (penjaga gol); Ali Imran Sukari, Alias Alan dan Danish Ishak (pertahanan); Ikhwan Mohd Hafizo, Alif Daniel Abd Aziz dan Syukur Fariz Januri (tengah) serta Harith Naem Jaineh dan Muhammad Danial Amali (penyerang).
Mereka akan menyertai 13 pemain skuad utama yang telahpun dipersiapkan khusus untuk menghadapi Kejuaraan AFC ini, antaranya penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Harith Haikal Adam Afkar, Firdaus Ramli, Firdaus Khaironnisam dan Luqman Hakim Shamsudin.
Mereka telah didedahkan dengan beberapa perlawanan persahabatan berkualiti antaranya menentang Indonesia, Korea Selatan, Kemboja, India dan New Caledonia.
Ketika bermain di Kejuaraan AFF 2018, Malaysia tidak menghantar pasukan utama untuk mengambil sebaliknya menghantar campuran pemain skuad utama dan kedua di bawah bimbingan penolong jurulatih Raja Azlan Shah Raja Sho’ib untuk tujuan pendedahan selain mengelak pemain dari kepenatan beraksi terlalu banyak perlawanan.
Malaysia melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada tuan rumah da kemudiannya menamatkan cabaran di tempat ketiga dengan menewaskan Myanmar 1-0.
Pada saingan AFC B-16 nanti, Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan A akan memulakan kempen dengan menentang Tajikistan pada 20 September, disusuli Thailand pada 23 September dan gergasi Asia Jepun pada 26 September.
Semua perlawanan membabitkan Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harapan cukup tinggi diletakkan kepada anak-anak muda ini agar dapat tampil dengan aksi cemerlang dan mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir yang akan turut menghadiahkan tiket automatik beraksi di Piala Dunia Remaja B-17 di Peru 2019. MUHD AIMAN
Senarai akhir 23 pemain :
Senarai pemain ke Kejuaraan B-16 AFC 2018
Penjaga gol: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Abdul Alim Al-Amri Ali, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri
Pertahanan: Azannis Adzri Abdul Halim, Muhammad Firdaus Ramli, Ali Imran Sukari, Muhammad Hariz Mansor, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Muhammad Raimi Shamsul, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Danish Ishak, Mohammad Alias Alan
Tengah: Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Alif Daniel Abd Aziz, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhammad Syukur Fariz Januri, Harith Haiqal Adam Afkar
Penyerang: Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki, Luqman Hakim Shamsudin, Harith Naem Jaineh, Muhammad Danial Amali