Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan dua kejohanan utama di Malaysia; Celcom Axiata dan Perodua Masters sah ditunda bersama sama Terbuka Singapura.
Terbuka Malaysia berstatus Super 750 dijadual berlangsung dari 31 Mac hingga 4 April manakala Malaysia Masters berstatus Super 500 pula sepatutnya dilangsungkan dari 6-11 April.
Susulan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) serta sekatan pintu masuk negara ketika jelas menyukarkan keadaan memaksa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk menangguhkan dua kejohanan ini.
Perbincangan diantara BAM, Persatuan Badminton Singapura dan BWF telah diadakan dan kesemua pihak bersetuju untuk meminda kejohanan ini.
BWF mengumumkan tarikh baharu bagi saingan Terbuka Malaysia adalah bermula dari 25 hingga 30 Mei 2021 manakala tarikh baharu bagi Malaysia Masters masih belum diputuskan.
Turut sama ditunda adalah Terbuka Indonesia.
Tepoh kelayakan bagi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah pada 15 Jun 2021 dimana kejohanan terakhir untuk pemain pemain meraih mata kelayakan adalah Terbuka Singapura yang diputuskan dijadual bermula dari 1 hingga 6 Jun.
BWF juga akan berbincang dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengemaskini sistem kelayakan ke Tokyo 2020