Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan pembatalan kejohanan Terbuka Taiwan 2021.

Ia diputuskan pihak penganjur susulan situasi semasa pandemik Covid 19 yang melanda negara itu sekaligus terpaksa membatalkan penganjuran kejohanan itu yang dijadual berlangsung pada 8 hingga 14 September depan.

Sebelum ini, BWF mengumumkan pembatalan Terbuka Korea Selatan dan Terbuka Macau juga atas faktor pandemik Covid 19.

 

- Advertisement -