Terengganu FC telah menandatangani kontrak kerjasama bersama jenama Estiflex bagi musim 2024/2025.

Majlis eksklusif ini dihadiri oleh pihak pengurusan penaja Estiflex, Terengganu FC Sdn Bhd , barisan pemain dan pegawai Terengganu FC dan juga rakan media.

Kerjasama penajaan ini bakal meletakkan jenama Estiflex bersama penaja-penaja utama yang lain yang akan ditempatkan pada ruangan jersi dan aset penajaan yang lain.

Dengan menempatkan tempat sebagai ‘Penaja Silver’ bagi kelab ini, Estiflex yakin jenama ini bakal bergerak lebih positif seiring dengan perkembangan kelab Terengganu FC dari tahun ke tahun.

Pihak Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) sentiasa komited dalam memastikan kelab ini mempunyai projeksi awal bagi mengharungi musim yang akan datang yang dijangka bakal hadir lebih mencabar.

Oleh yang demikian kelab ini sentiasa menyambut baik syarikat-syarikat yang berminat menjalinkan kerjasama dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik sebagai pulangan buat rakan penaja.

Diharapkan kerjasama ini dapat memberikan keuntungan buat kedua-dua pihak seterusnya memberikan kelebihan buat keseluruhan keluarga besar Terengganu FC.

- Advertisement -