2016_Sukma_Games_Logo

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara bertahan bagi acara berbasikal Sukan Malaysia 2014 Perlis, Terengganu yakin untuk mempertahankan pingat emas khususnya dalam acara lebuhraya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Jurulatihnya Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan menjelaskan, anak didiknya telahpun menjalani latihan intensif di altitude yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran serta stamina pelumba.

“Selain berlatih di Thailand, kami juga mengadakan latihan pusat di Sarawak selama seminggu untuk membiasakan diri dengan keadaan trek perlumbaan.

“Dengan baki masa lebih dari sebulan ini, saya perlu memastikan stamina dan prestasi pelumba pelumba ditahap optimum kerana SUKMA akan bermula selepas raya.” Kata Syed Hussaini.

Bekas jurulatih Terengganu Cycling (TSG) itu juga turut menyenaraikan pelumba pelumba yang akan beraksi di SUKMA Sarawak di Perlumbaan Kriterium Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) sejak edisi pertama di Serdang.

“JCM adalah platform terbaik untuk kami dalam mempersiapkan beberapa pelumba yang akanberaksi di SUkan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Julai nanti.

“Kita menghantar 47 pelumba untuk bertanding dalam kesemua kategori yang diadakan bagi menilai prestasi semasa pelumba pelumba baru khususnya.” Tambah Syed Hussaini.

Bagi SUKMA 2014 di Perlis, Terengganu muncul juara keseluruhan apabila meraih enam pingat emas, lapan pingat perak dan 6 pingat gangsa.

Untuk SUKMA 2017, Johor dan Selangor dilihat sebagai negeri yang mampu menggugat misi Terengganu untuk membolot emas dalam kesemua acara yang akan dipertandingkan.

- Advertisement -