Oleh Ku Mohd Lufti
Mesej yang cukup ringkas kepada pengurusan badan induk berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung pemilihan pelumba ke Sukan SEA 2017.
Salah seorang penggiat sukan berbasikal tanah air yang enggan didedahkan namanya, sudah lali dengan ‘permainan’ persatuan itu dan senario ini bukan baru sahaja terjadi.
Kemungkinan dua pelumba professional negara, Harrif Salleh dan Anuar Manan hampir pasti tidak akan beraksi di Kejohanan Lumba Basikal di Alor Setar September nanti.
Pelumba ini perlu memberi tumpuan terhadap pasukan mereka, Terengganu Cycling (TSG).
Malah, jadual pelumba pelumba ini sudah pun diatur untuk menyertai beberapa perlumbaan di rantau Asia dan Eropah.
“Jika pelumba ini tidak mewakili negara sekalipun, pasukan (TSG) tidak akan rugi apa apa. Kerana mereka sudah diingatkan tentang peranan dan matlamat pasukan.
“Lagipun, gaji pelumba pelumba ini dibayar oleh kerajaan negeri, dan wang tersebut adalah duit rakyat. Kami akan kekal dengan perancangan yang telah dirancang,” kata sumber tersebut.
Andai khidmat Harrif Salleh dan Anuar Manan diperlukan, pastinya TSG bersedia untuk memberi kerjasama kerana agenda negara juga tidak harus diketepikan.
Presiden PKBM mengumumkan Kejohanan Lumba Berbasikal Kebangsaan pada 17 dan 18 September sebagai medan pemilihan untuk penyenaraian pelumba bagi Sukan SEA 2017.