mohd-faiz-subri

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan peminat sukan tempatan terus memberi sokongan kepada pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang tersenarai sekaligus memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Penyerang Pulau Pinang itu antara tiga pemain yang tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia seterusnya dipilih menerima anugerah tersebut.

“Saya harap kita dapat berita baik nanti,” kata Khairy Jamaluddin.

FIFA menyenaraikan 10gol menarik untuk diundi bermula dari 30 September 2015 sehingga 30 Sept tahun ini untuk memenangi Anugerah Puskas.

Mohd Faiz terpilih selepas melakukan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika Pulau Pinang bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.

Khairy juga menambah mungkin Faiz akan turut menerima habuan andai Faiz Subri berjaya memenangi anugerah itu.

Selain Mohd Faiz, dua lagi pemain disenarai pendek untuk tiga gol terbaik bagi anugerah itu ialah Johnath Marlone, pemain kelab Corinthians dari Brazil, dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian tertinggi akan melalui proses undian kedua dan pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari tahun depan.

- Advertisement -