Oleh Ku Mohd Lufti
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan kontinjen Malaysia akan memberikan segalanya untuk memastikan misi juara keseluruhan tercapai.
Namun Khairy mengakui ia bukan tugas mudah untuk mengatasi juara 13 kali itu kerana rekod negara Gajah Putih itu tidak pernah lekang daripada posisi nombor satu dan dua sepanjangan temasya Sukan SEA dimulakan pada 1959.
Namun, Khairy memberi bayangan Malaysia akan bersaing untuk menggulingkan Thailand dan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA edisi ke-29, yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos depan.
“Thailand akan menjadi pesaing hebat untuk kita dan sentiasa menjadi pasukan terbaik (juara keseluruhan) atau salah satu yang terbaik.
“ Kami mengalu-alukan persaingan dan saya jangkakan persaingan yang hebat diantara Malaysia dan Thailand untuk memburu gelaran juara keseluruhan tahun ini,”kata Khairy selepas majlis penutup Larian Baton BAngkit Bersama di Stadium Tertutup Huamark di Bangkok, Thailand.
Tatkala kesemua negara bakal bersaing untuk memburu gelaran juara keseluruhan, Khairy yang juga Pengerusi Jawtaankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 tetap mengingatkan kepda atlet bahawa Sukan SEA ialah pertandingan persahabatan yang diadakan antara ahli keluarga dalam negara-negara Asia Tenggara.
Selain memburu pingat, Sukan SEA juga merupakan ruang atau platform terbaik untuk pendedahan kepada bakat-bakat muda khususnya.
Dalam pada itu Khairy berharap acara larian baton yang diperkenalkan buat julung kalinya menjadi tradisi di masa akan datang, namun ia bergantung kepada negara yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Para ASEAN selepas ini.
“Itu terpulang kepada tuan rumah yang akan datang, tetapi saya melihat ada nilai tambah kerana ia memupuk semangat kekitaan negara negara Asia Tenggara dan boleh menaikkan semangat negara negara yang bertanding di Sukan SEA dan Para ASEAN,”katanya lagi.