Saiful Izman in action at Temerloh last weekend
Saiful Izman Ahmad Zamani carries on the Baharuddin family racing tradition

Seventeen-year-old Saiful Izman Ahmad Zamani’s life had always revolved around the motorcycle. Son of former Malaysian top rider Ahmad Zamani Baharuddin, motorcycle racing had always been a big part of his life. With so many offsprings of former riders now entering the sport, Saiful Izman’s entry into Cub Prix was neither the first nor expected to be the last.

Racing in his sophomore year of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix, Saiful Izman is beginning to show glimpses of his family’s racing heritage, especially when he won the Wira Final during the curtain raising leg of the 2015 season in Temerloh last weekend.

Although always placing within the top five during the practice sessions, Saiful Izman was never quite the fastest rider on the grid. He was consistently a few split seconds behind Kozi Yam Honda’s Mohd Harith Farhan Baharudin. But during the finals, Saiful Izman’s aggressive and rough riding style tore through Harith Farhan’s defense strategies and resulted in Saiful netting the first open-make win of his career.

“While all riders thank their families for their success, in my case, it is doubly so as my father and uncles are also directly involved in my career,” said Saiful during the post-race press conference. “Growing up, none of them ever pressure me into taking up racing professionally but it was a hard topic to avoid as racing was always the centre of their conversation. Every time the television set was turned on at home, it was always to watch more motorcycle races.”

Saiful made his Cub Prix debut in 2014 through team FELDA AFB Tech Racing which was then managed by Ahmad Fuad Baharudin. This year, the Felda outfit has spun off into two squads – team FELDA PB Racing managed jointly by Ahmad Zamani and Ahmad Nashrul Baharudin that is taking part in the CP115 class and team FELDA AFB Tech Caldinals Racing owned by Ahmad Fuad Baharudin and focused on new talent identification in the age-capped Wira category.

The young rider who is just in the early stages of his racing career admits that he has big boots to fill. “My father and uncle were both counted as some of the top riders in the Asian region. With their support and training, I hope to equal if not exceed what they have done.”

SAIFUL IZMAN SAMBUNG LEGASI KELUARGA BAHARUDIN
Sejak dari kecil kehidupan Saiful Izman Ahmad Zamani tidak pernah sunyi dari motosikal. Sebagai anak kepada bekas pelumba handalan negara, Ahmad Zamani Baharudin, perlumbaan motosikal sudah menjadi darah dagingnya. Dengan kehadiran ramai bekas pelumba di dalam kancah perlumbaan, Saiful Izman turut tidak ketinggalan mencari ruang untuk mencipta nama bagi meneruskan legasi keluarganya.
Beraksi untuk musim kedua dalam saingan kelas Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Saiful Izman sudah mula mewarisi kehandalan yang dimiliki oleh adik beradik pelumba dari keluarga Baharudin, bapanya, Ahmad Zamani, Ahmad Fuad dan Ahmad Nashrul apabila muncul juara pada saingan pembukaan musim 2015 di Temerloh, Pahang, Ahad lepas.
Musim lepas Saiful sudah menunjukkan kemahirannya apabila tiga kali muncul sebagai naib juara, namun pada musim ini dia semakin mempamerkan peningkatan dengan meraih gelaran juara seawal pusingan pertama lagi. Meskipun catatan masa ketika sesi latihan kurang menyerlah dan sentiasa ketinggalan di belakang pelumba Kozi Yam Honda Racing, Mohd Harith Farhan Baharudin, namun Saiful Izman tampil berbeza pada saingan perlumbaan akhir.
Dengan gaya tunggangan penuh agresif, Saiful Izman berjaya mengatasi strategi bertahan yang ditunjukkan Harith Farhan sekaligus berjaya meraih kemenangan pertama dalam karier perlumbaannya.
“Kebanyakan pelumba seringkali berterima kasih kerana menerima sokongan dan dorongan daripada keluarga mereka namun agak berbeza dengan saya. Saya memang lahir di dalam keluarga pelumba, ayah saya dan pakcik saya terlibat secara langsung dengan dunia perlumbaan dan juga karier saya hari ini,” jelas Saiful Izman.
“Mereka tidak pernah memaksa saya untuk menjadi pelumba atau melibatkan diri dalam perlumbaan profesional seperti ini. Namun topik perbincangan mereka tidak pernah lari dari dunia perlumbaan. Jika menonton televisyen sekalipun, mereka pasti menonton siaran berkaitan perlumbaan.”
Selepas beraksi dalam saingan satu pengeluar pada tahun 2013, Saiful mula melangkah ke kelas terbuka pada musim 2014 dengan pasukan Felda PB AFB Tech Racing yang diuruskan oleh pakciknya yang juga juara tiga kali kelas perdana CP130 / Expert, Ahmad Fuad.
Pada musim ini, pasukan yang menerima tajaan dan sokongan dari Felda ini dibahagi kepada dua dengan pasukan Felda PB Racing yang dikendalikan oleh Ahmad Zamani dan Ahmad Nashrul di dalam kelas CP115 manakana pasukan Felda AFB Tech Caldinal Racing dikendali oleh Ahmad Fuad dan memberi tumpuan kepada pelumba-pelumba muda di dalam kategori Wira.
Masih dikategorikan baharu dalam dunia perlumbaan, Saiful Izman akui perjalanannya masih jauh dalam dunia sukan permotoran dua roda ini. “Ayah dan pakcik saya memiliki reputasi yang cukup besar dan mereka merupakan antara pelumba handalan khususnya di rantau Asia. Dengan sokongan dan latihan dari kedua-duanya, saya berharap setidak-tidaknya mampu menyamai apa yang mereka telah lakukan.”
- Advertisement -